Euforia Bola 2026
Famili

Wanita Mengandung 7 Bulan Meninggal Dunia, Suami Sanggup Hentak Kepala Isteri Guna Lesung Batu!

lesung batu

Seorang wanita sarat mengandung tujuh bulan dilaporkan maut dalam satu kejadian tragis yang dipercayai dibunuh oleh suaminya sendiri menggunakan lesung batu di rumah sewa mereka di Kampung Makam, Kota Tinggi, pada awal pagi Jumaat.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman memaklumkan bahawa pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian tersebut sekitar jam 7 pagi.

Baca juga: Jumpa Adik-Adik Jual Lukisan RM1 Di Pasar Malam, Lelaki Ini ‘Order’ Kucing & Rumah Tanda Sokongan

GUNA LESUNG BATU HENTAK KEPALA ISTERI, SARAT HAMIL 7 BULAN

lesung batu

Susulan laporan itu, sepasukan anggota polis bergegas ke lokasi sebelum menahan seorang lelaki berusia 35 tahun yang juga suami mangsa kira-kira jam 7.30 pagi di sekitar kawasan berkenaan.

“Suspek berusia 35 tahun ditahan di sekitar lokasi kejadian pada jam 7.30 pagi. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 3 pagi. “Mangsa berusia 34 tahun dan suaminya merupakan etnik Rohingya,” jelasnya.

Hasil siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku lebih awal, iaitu sekitar jam 3 pagi. Mangsa yang berusia 34 tahun bersama suaminya difahamkan merupakan etnik Rohingya dan menetap di rumah sewa berkenaan.

Mangsa ditemui dalam keadaan tidak bernyawa di dalam bilik kediaman mereka yang terletak di tingkat dua bangunan tersebut.

lesung batu

Pemeriksaan awal mendapati terdapat kecederaan parah di bahagian kepala, dipercayai akibat dipukul menggunakan objek tumpul. Polis tidak menolak kemungkinan objek yang digunakan adalah lesung batu yang ditemui di lokasi kejadian.

Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk menjalani proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti motif kejadian.

Baca juga: “Terima Kasih Cikgu Faiz Pimpin Tangan Anak Saya..” Ibu Terharu Anak Istimewa Sertai Sukan Sekolah

Sumber: Sinar Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×