Isu menutup kepala ketika masuk tandas sering menjadi persoalan dalam kalangan masyarakat. Hal ini kerana ada yang berpendapat hukumnya wajib, manakala sebahagian lain mengatakan ia sekadar amalan sunat.
Kekeliruan mengenai hukum tutup kepala ketika masuk tandas ini menyebabkan timbul pelbagai pandangan yang berbeza dan pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus ada menjelaskan hukum sebenar.
Baca juga: Ada 3 Bau Yang Syaitan Paling Suka! Kalau Taknak ‘Terikat’, Pastikan Elak & Jaga-Jaga
TUTUP KEPALA KETIKA MASUK TANDAS, WAJIB ATAU TIDAK?

Freepik
Menurutnya, amalan tersebut termasuk dalam adab-adab ketika hendak menunaikan hajat, sama ada membuang air kecil atau air besar. Ia bukan satu kewajipan yang berdosa jika ditinggalkan, sebaliknya satu amalan yang digalakkan dalam Islam.
Beliau turut memetik pandangan ulama sebagai sandaran. Antaranya kata Syeikh Bafadhal Al-Hadhrami:
يستحب لقاضي الحاجة بولا أو غائطًا أن يلبس نعليه ويستر رأسه
Maksudnya: “Disunatkan bagi yang hendak buang air kecil dan air besar bahawa memakai sepasang selipar dan menutup kepalanya.” (Kitab Al-Muqaddimah Al-Hadhramiyah)
Selain itu, Syeikh Ibnu Hajar juga menyatakan:
يستحب لقاضي الحاجة أي لمريدها بولا كانت أو غائطًا أن يلبس نعليه وأن يستر رأسه للاتباع
Maksudnya: “Disunatkan bagi orang yang hendak buang air kecil dan yang hendak buang air besar bahawa memakai sepasang selipar atau menutup kepalanya kerana ittiba’ (mengikut sunnah).” (Kitab Minhaj Al-Qawwim)

Freepik
Berdasarkan penjelasan tersebut, jelas bahawa menutup kepala ketika masuk ke tandas termasuk dalam perkara sunat yang dianjurkan sebagai sebahagian daripada adab.
Tutup kepala ketika masuk ke tandas itu dilakukan sebagai mengikuti amalan yang disebut oleh para ulama, bukan sebagai satu tuntutan wajib.
Justeru, mereka yang tidak menutup kepala ketika masuk tandas tidaklah berdosa. Namun, bagi yang ingin mengamalkan adab-adab yang digalakkan dalam Islam, perbuatan tersebut adalah satu amalan yang baik dan diberi ganjaran.
Semoga bermanfaat!
Baca juga: Tular Video Ada Bahan Berasaskan Babi Dalam Pembuatan Sabun, JAKIM Dedah Cerita Sebenar!
Sumber: Facebook Ustaz Azhar Idrus
