Euforia Bola 2026
Famili

Disahkan Bukan Ibu Kandung…Tapi Dia Yang Mengandung! Ini Kisah Benar & ‘Rare’ Manusia Chimera Miliki 2 DNA

manusia chimera

Pernah dengar tentang manusia Chimera? Fenomena sains ini benar-benar berlaku dan pernah menyebabkan seorang ibu dituduh menculik anaknya sendiri walaupun dia yang melahirkan mereka.

Kisah ini berlaku kepada Lydia Fairchild, seorang wanita yang hidupnya berubah sekelip mata hanya kerana keputusan ujian DNA.

Baca juga: Budak Maut Minum Methadone Tulis Surat Menyayat Hati Kepada Rakan, “Arwah Cakap Dia Akan Meninggal Dulu”

KISAH BENAR LYDIA FAIRCHILD YANG MERUPAKAN MANUSIA CHIMERA

manusia chimera

Gambar: PHM

Bayangkan anda melahirkan anak, menjaga dari kecil, kemudian tiba-tiba kerajaan mendakwa anda bukan ibu kandung mereka. Itulah yang berlaku apabila Lydia memohon bantuan kerajaan dan perlu menjalani ujian DNA sebagai syarat.

Keputusannya mengejutkan! Di mana, hasilnya ialah 0% padanan genetik dengan anak-anaknya.

Mahkamah hampir mendakwanya atas tuduhan penipuan kebajikan dan penculikan. Peguamnya sendiri buntu memikirkan bagaimana perkara seperti ini boleh berlaku.

Lebih dramatik, ketika Lydia melahirkan anak ketiganya, pegawai mahkamah menunggu di bilik bersalin untuk mengambil sampel darah bayi sejurus dilahirkan.

Namun keputusan tetap sama. Secara genetik, bayi itu bukan anaknya walaupun baru lima minit keluar dari rahimnya sendiri.

Baca juga: Semput Naik Tangga Rupanya Disahkan Tibi, ‘Survivor’ Ini Kongsi Terpaksa Makan Ubat Selama 180 Hari!

manusia chimera

Gambar hiasan: Gemini AI

Apa sebenarnya manusia chimera?

Rupa-rupanya, Lydia ialah seorang manusia Chimera.

Dalam dunia perubatan, manusia Chimera merujuk kepada individu yang mempunyai dua set DNA berbeza dalam satu badan. Keadaan ini berlaku sejak dalam kandungan lagi.

Ketika ibu Lydia mengandung, sebenarnya terdapat kembar. Namun salah satu janin telah diserap oleh janin yang satu lagi. Dua embrio bergabung dan membesar sebagai satu individu.

Fenomena ini dikenali sebagai Vanishing Twin Syndrome.

Akibatnya, Lydia membesar dengan dua identiti genetik berbeza:

  • Darah dan kulit membawa DNA dirinya sendiri
  • Ovari (penghasilan ovum) membawa DNA kembarnya yang telah “hilang”

Itulah sebabnya ujian DNA menunjukkan anak-anaknya bukan anaknya secara teknikal. Secara biologi, anak-anak tersebut berkongsi DNA dengan kembarnya, bukan DNA yang terdapat dalam darahnya.

Secara teori genetik, anak-anak Lydia dianggap sebagai “anak saudara” kepada dirinya sendiri.

Baca juga: Dah Lama Kerja Tapi Rasa Tak ‘Kena’? Mungkin Ini Kerjaya Yang Lebih Serasi Dengan Jenis Personaliti Anda!

Fenomena lebih biasa dari yang kita sangka

Menurut perkongsian Public Health Malaysia (PHM), fenomena ini sebenarnya tidaklah terlalu jarang.

Kajian menganggarkan satu daripada lapan kehamilan bermula sebagai kembar. Namun dalam banyak kes, salah satu janin gugur atau diserap pada peringkat awal tanpa disedari ibu.

Ini bermakna, secara teori, ada kemungkinan sesetengah individu membawa DNA kembar yang “hilang” dalam tubuh mereka sendiri.

Sains kadangkala membuka mata kita tentang betapa kompleksnya penciptaan manusia. Dalam satu jasad, boleh wujud dua kod genetik berbeza. Sesuatu yang kedengaran seperti fiksyen, tetapi terbukti benar dalam kes Lydia.

Jika selama ini kita menganggap ujian DNA sebagai bukti paling muktamad, kisah manusia Chimera membuktikan bahawa biologi manusia jauh lebih rumit daripada yang kita sangka.

Sumber: Public Health Malaysia (PHM)

FT Image: PHM / Gemini AI

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×