Euforia Bola 2026
Asuh

Kenapa Anak Kecil Suka Korek & Makan Tahi Hidung Macam ‘Snack Masin’? Memang Geli Tapi Ini Faktanya!

tahi hidung

Sedang leka menonton TV sekeluarga, tiba-tiba mak ayah perasan si kecil di sebelah macam sedang ‘menikmati’ sesuatu. Bukan biskut, bukan gula-gula tapi sedang mengunyah tahi hidung rupanya!

Sudah semestinya mak ayah rasa nak menjerit, rasa geli dan rasa nak pitam pun ada bukan? Tapi tunggu dulu, jangan terus panik atau marah anak. Sebenarnya, tabiat makan tahi hidung atau dalam istilah sains dipanggil mucophagy ini adalah perkara biasa dalam fasa tumbesaran kanak-kanak.

Baca juga: “Pandainya Cakap Arab”- Akhirnya Tanpa Sticker, Neelofa Dedah Wajah Muhammad Bilal Undang Perhatian Ramai

Kenapa Anak Suka Sangat Tahi Hidung Atau ‘Snack Masin’ Ini?

tahi hidung

Foto Ai

Walaupun nampak menjijikkan bagi orang dewasa, bagi kanak-kanak ia sekadar satu lagi pengalaman baharu yang menarik untuk diterokai.

1. Fasa Eksplorasi – Anak Memang ‘Saintis Kecil’

Kanak-kanak belajar melalui deria sentuh, rasa, bau dan lihat. Apa saja yang boleh dicapai, semuanya jadi bahan eksperimen. Tahi hidung? Pada mereka, itu cuma satu lagi tekstur yang ingin diterokai kerana mereka belum ada konsep “geli” seperti orang dewasa.

2. Buat Tanpa Sedar (Mode Autopilot)

Pernah tak anda perasan anak korek hidung semasa tengah tengok TV atau termenung? Selalunya tabiat ini berlaku ketika anak bosan, mengantuk atau tidak fokus. Tangan bergerak sendiri tanpa mereka sedar sepenuhnya.

3. Cara Menenangkan Diri

Sama seperti hisap jari atau pegang selimut busuk, korek hidung boleh jadi satu bentuk self-soothing. Bila anak rasa gelisah, tertekan atau tidak selesa, perbuatan itu memberi rasa lega dan tenang.

4. Hidung Kering atau Gatal

Udara berhawa dingin, cuaca panas atau alahan boleh menyebabkan hidung cepat kering dan berkerak. Bila anak keluarkan kerak tersebut, kadang-kadang rasa ingin tahu mendorong mereka untuk ‘rasa’ di lidah sekali.

5. Nak Perhatian Mak Ayah

Anak cepat belajar melalui reaksi. Kalau setiap kali dia buat, mak ayah terus menjerit atau beri perhatian penuh, dia mungkin fikir:

“Oh, ini cara paling cepat mak tengok aku.”

Dan tabiat itu pun berulang.

Jadi, Mak Ayah Patut Buat Apa?

tahi hidung

Foto Ai

Reaksi kita sangat penting. Cara kita respon boleh tentukan sama ada tabiat itu berkurang atau makin menjadi-jadi.

1. Jangan Overreact

Menjerit atau menunjukkan rasa geli melampau boleh buat anak rasa seronok kerana berjaya tarik perhatian. Tenang. Tarik nafas dulu.

2. Tegur Secara Lembut

Beritahu dengan nada biasa,  “Kalau ada tahi hidung, buang dalam tisu ya.”

Sambil itu, hulurkan tisu dan ajar cara yang betul.

3. Pastikan Hidung Tidak Terlalu Kering

Jika anak kerap mengalami hidung kering atau alahan, boleh pertimbangkan penggunaan semburan saline (nasal spray) yang sesuai untuk kanak-kanak. Udara rumah juga boleh dilembapkan jika terlalu kering.

4. Potong Kuku Pendek

Kuku yang pendek membantu kurangkan risiko kuman terkumpul dan elakkan luka dalam hidung.

*Berita baiknya, kebanyakan kanak-kanak akan berhenti sendiri apabila mereka semakin besar dan mula ada rasa malu serta kesedaran sosial. Jadi mak ayah, sabar ya kerana fasa ‘snack masin’ ini bukan tanda anak tak normal atau kurang didikan.

Baca juga: Tukar Nama Anak Sebab Maksud ‘Terlalu Berat’ Jadi Punca Kerap Sakit? Kebetulan Atau Khurafat? Ini Jawapannya..

Sumber: Public Health Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×