Euforia Bola 2026
Dapur

Kuah Pekat ‘Kaw’ & Lemak Santan Lebih Terasa, Wanita Kongsi Cara TUMIS Masak Lemak Daging Salai!

daging salai masak lemak

Kalau biasa kita masak secara terus tanpa tumis, kali ini resipi daging salai masak lemak versi tumis yang dikongsikan Aisyah Humaira ini memang lain macam rasanya. Kuahnya tak cair, lemak santan lebih terasa dan aromanya pula harum semerbak.

Menurut perkongsiannya di Facebook, versi tumis ini rupanya lebih sedap dan sesuai dijadikan menu berbuka puasa. Nak tukar kepada ayam pun boleh, cuma ayam perlu digoreng terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam kuah. Memang ‘shedap’ katanya!

Baca juga: Neelofa Kongsi Menu Tahan Lapar Terutamanya Waktu Puasa, Ramai Dah Cuba & Beri ‘Feedback’ Positif!

RESIPI DAGING SALAI MASAK LEMAK VERSI TUMIS

daging salai masak lemak

Gambar: Aisyah Humaira

Jom tengok bahan dan cara penyediaan.

Bahan kisar:

  • 6 biji bawang besar
  • 2 inci kunyit hidup
  • 20 biji cili padi hijau (boleh lebihkan jika suka pedas)

Bahan lain:

  • Daging salai (boleh guna yang dibeli secara online)
  • 2 batang serai – diketuk
  • 2 keping asam keping
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk perasa secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • 2–3 kotak kecil santan

Baca juga: Resipi Puding Karamel Cheese Tengah Viral Dari Venezuela, Tekstur Padat & Tak Hanyir Buat Ramai Nak Cuba!

daging salai masak lemak

Gambar: Aisyah Humaira

Cara-cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan 1 batang serai dan biarkan beberapa saat hingga naik bau.
  2. Masukkan bahan kisar dan tumis menggunakan api paling perlahan sehingga pecah minyak. Kacau sekali-sekala supaya bahan tidak hangus.
  3. Setelah bahan tumis pecah minyak, masukkan daging salai.
  4. Tambahkan air dan santan. Sukatan air dan santan bergantung kepada banyak mana kuah yang diingini. Jika mahu kuah lebih kaw dan pekat, lebihkan santan.
  5. Kacau hingga sebati dan biarkan mendidih.
  6. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa. Jika suka lebih pedas, boleh tambah cili padi ketika ini.

Siap dan sedia untuk dihidangkan.

Tip tambahan:

  1. Jika guna ayam, goreng ayam terlebih dahulu supaya isi lebih pejal dan tidak hancur dalam kuah.
  2. Gunakan api perlahan semasa menumis untuk dapatkan kuah yang lebih wangi dan pecah minyak sempurna.
  3. Santan yang lebih banyak akan menghasilkan tekstur kuah yang lebih berlemak dan pekat.

Memang sesuai dijadikan lauk utama bersama nasi panas. Sekali cuba, memang susah nak kembali ke versi tak tumis!

Baca juga: “Nak Tiru!”- Pasangan Ini Rancang Menu Sebulan Dengan Bajet RM241, Jimat Banyak Dapat Beli 8 Jenis Lauk!

Sumber: Aisyah Humaira

FT Image: Aisyah Humaira

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×