Euforia Bola 2026
Famili

Disangka Adik-Beradik, Rupanya Isteri… Pengantin Lelaki Usia-20an Kahwin Dua Serentak!

NIKAH SERENTAK

Baru-baru ini, sebuah majlis perkahwinan yang dipercayai berlangsung di Sabah menjadi bualan hangat di media sosial selepas rakaman nikah serentak dan persandingan tular.

Apa yang mencuri perhatian ramai adalah kehadiran seorang pengantin lelaki yang duduk di atas pelamin bersama dua orang isterinya dalam satu majlis yang sama.

Baca juga: “Saya Reda Walaupun Sedih…” – Isteri & Bayi Dalam Kandungan Maut Akibat Kebakaran Rumah

LELAKI NIKAH SERENTAK DENGAN 2 PEREMPUAN, VIRAL DI MEDIA SOSIAL

NIKAH SERENTAK

Dalam video yang dikongsikan, ketiga-tiga mempelai dilihat melangkah masuk ke kawasan majlis dengan penuh tenang sambil disambut sorakan dan usikan para tetamu.

Kedua-dua pengantin perempuan berjalan beriringan di sisi suami masing-masing sebelum naik ke pelamin untuk sesi persandingan.

Kedua-dua mempelai wanita tampil anggun mengenakan busana rona ungu yang sedondon. Wajah mereka juga kelihatan hampir seiras sehingga ada yang menyangka mereka mempunyai pertalian darah. Namun, perbezaan warna tudung, satu hitam dan satu lagi putih, menjadikan identiti yang membezakan kedua-duanya.

Pengantin lelaki pula kelihatan sedikit tersipu-sipu ketika duduk di tengah-tengah isterinya di atas pelamin. Berdasarkan maklumat yang dikongsikan oleh pemilik video, pengantin lelaki tersebut difahamkan masih dalam lingkungan usia 20-an.

Ramai pada awalnya menyangka kedua-dua wanita itu adik-beradik, namun menurut penjelasan di ruangan komen, mereka tidak mempunyai hubungan kekeluargaan.

NIKAH SERENTAK

Difahamkan juga bahawa akad nikah bagi kedua-dua isteri tersebut dilaksanakan pada hari yang sama. Bagaimanapun, kisah sebenar bagaimana pertemuan dan jodoh mereka bertiga bermula tidak didedahkan secara terperinci.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terkejut melihat konsep persandingan yang jarang berlaku seperti itu. Namun begitu, ramai turut mengambil pendekatan positif dengan mendoakan agar rumah tangga yang dibina sentiasa harmoni dan berkekalan.

Ada juga yang berpendapat bahawa setiap individu mempunyai pilihan hidup masing-masing selagi ia berlandaskan syariat dan tanggungjawab dilaksanakan dengan adil.

Rakaman tersebut terus menjadi perbualan hangat dalam kalangan pengguna media sosial sejak ia dimuat naik.

Baca juga: “Saya Sempat Jadi Suami 2 Hari Sahaja” – Pengantin Perempuan Dijemput Illahi, Maut Dalam Kemalangan

Sumber: TikTok lennahamzah & Kakinda21

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×