Cacing pita merupakan sejenis parasit usus yang boleh menjangkiti manusia tanpa disedari dan simptom awalnya sering disalah anggap sebagai masalah kesihatan biasa.
Itulah yang berlaku kepada seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun apabila dia mula mengalami batuk berpanjangan, sakit tekak serta rasa loya seolah-olah mahu muntah, sehingga menimbulkan kebimbangan ibu bapanya.
Baca juga: Tragis! 2 Kanak-Kanak Lemas Dalam Kolam Mandi Dewasa, Penjaga Tinggalkan 5 Minit Nak Ambil Pelampung
CACING PITA KELUAR DARI MULUT BUDAK 6 TAHUN, GERUN

Pada awalnya, simptom itu kelihatan biasa, namun pemeriksaan lanjut di bahagian tekak mendapati terdapat sesuatu yang kelihatan bergerak.
Bagi mencetuskan refleks muntah (gag reflex), bdia melakukan sedikit rangsangan pada tekak pesakit. Tidak lama kemudian, kanak-kanak itu muntah di hadapannya dan apa yang keluar benar-benar mengejutkan.
Seekor cacing hidup dikeluarkan, menandakan parasit tersebut telah merayap dari usus, naik ke esofagus dan seterusnya sampai ke bahagian tekak (pharynx).
“Bayangkan cacing ini merayap dari usus smpai pharynx (tekak). Real case budak 6 tahun. Dia alami batuk, sakit tekak dan nak muntah. Bila tengok tekak, nampak ada benda gerak-gerak. Saya jolok sikit bagi gag reflex. Sekali muntah depan saya dan keluar benda ni. Maknanya benda nii dah merayap sampai esophagus dan throat,” jelasnya.

Situasi ini menunjukkan betapa seriusnya jangkitan cacing, terutamanya dalam kalangan kanak-kanak. Ia bukan sekadar menyebabkan masalah pencernaan, malah boleh memberi risiko lebih besar sekiranya tidak dikesan awal.
Perkongsian ini sekali gus menjadi peringatan kepada ibu bapa agar tidak memandang ringan gejala seperti batuk berpanjangan, sakit tekak luar biasa atau rasa loya yang kerap, khususnya jika melibatkan kanak-kanak.
Kesihatan usus, kebersihan diri dan pemantauan simptom awal amat penting bagi mencegah kejadian yang tidak diingini.
Baca juga: “Ini Cara Saya Didik 16 Orang Anak” – Pernah Kena Rotan Tapi Tak Selalu, Didikan Tegas Jadi Kunci
Sumber: Threads Abdulllah Kadir
