Euforia Bola 2026
Rakyat

[TERKINI] SARA RM100 Dah Masuk, Ini 15 Kategori & Jenama Produk Diluluskan MyKasih 2026

senarai barang MyKasih 2026

Pelaksanaan senarai barang MyKasih 2026 di bawah program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kini diperluaskan susulan pengumuman terbaharu kerajaan yang melibatkan lebih ramai rakyat serta kategori barangan yang lebih menyeluruh.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM100 secara one-off mula dikreditkan hari ini kepada pemegang MyKad berumur 18 tahun ke atas, melibatkan kira-kira 22 juta warganegara Malaysia dari 9 Februari 2026 hingga 31 Disember 2026.

Baca juga: Kadar Fidyah 2026 Lengkap Mengikut Negeri, Ini Cara Kira Yang Betul & Link Bayar Secara ‘Online’!

SENARAI BARANG MyKasih 2026

senarai barang MyKasih 2026

Beliau berkata, peluasan ini dibuat bagi memastikan bantuan asas dapat dinikmati semua lapisan rakyat, khususnya dalam berdepan kos sara hidup dan keperluan harian menjelang musim perayaan seperti Tahun Baharu Cina dan Ramadan.

Selain itu, kerajaan turut bersetuju memperluaskan kategori barangan SARA merangkumi makanan sejuk beku, susulan maklum balas rakyat yang meminta lebih banyak pilihan barangan siap dan praktikal untuk kegunaan isi rumah.

Dalam masa sama, pembabitan kedai runcit kecil dalam pelaksanaan SARA akan dipertingkatkan kepada 10,000 premis menjelang hujung tahun ini, sekali gus memudahkan akses pembelian di kawasan perumahan dan luar bandar.

15 KATEGORI UTAMA BARANG MyKasih 2026

Berikut ialah senarai barang MyKasih 2026 yang diluluskan, dibahagikan mengikut 15 kategori utama berserta contoh jenama bagi memudahkan rujukan penerima bantuan:

  1. Beras: Jasmine, Jati, Saga, Bernas, Faiza, Cap Rambutan, Cap Gajah, Cap Masjid
  2. Roti: Gardenia, Massimo, Mighty White
  3. Telur: CP, NutriPlus, QL Eggs
  4. Minyak Masak: Alif, Knife, Saji, Daisy, Seri Murni, Buruh, Vesawit
  5. Tepung: Blue Key, Cap Sauh, Faiza, MFM, Cap Ros
  6. Biskut: Munchy’s, Tiger, Chipsmore, Hwa Tai, Julie’s, KERK, Kraft Foods, Jacob’s, Hup Seng
  7. Mi Segera: Indomie, Maggi, Mamee, Mi Sedaap, Cintan
  8. Minuman: Dutch Lady, MILO, BOH, Nescafé, F&N, Fernleaf, Marigold, Horlicks, Quaker
  9. Makanan Dalam Tin: TC Boy, Ayam Brand, Adabi, Yeo’s, Kimball, King Cup
  10. Bahan Perasa: Puteri, Kimball, Maggi, Tamin, Adabi, Faiza, Planta, Life, Jalen, CSR, Babas, Mak Siti
  11. Produk Kebersihan Diri: Colgate, Kotex, Dettol
  12. Ubat-Ubatan (OTC): Prospan, Hurix’s, Strepsils, Sterimar, Panadol, Difflam
  13. Barangan Persekolahan: Stabilo, Faber-Castell, Staedtler, Bata, Campap, Canggih
  14. Barangan Kebersihan Rumah: Sabun dan serbuk pencuci pakaian, sabun pencuci pinggan, pencuci lantai
  15. Makanan Sejuk Beku (kategori baharu): Ayam sejuk beku, nugget, sosej, bebola ikan, bebola ayam, produk sejuk beku berlabel makanan asas yang diluluskan

senarai barang MyKasih 2026

Baca juga: [TERKINI] Enam Murid Di Kota Tinggi Positif Tibi, Tiada Sekolah Ditutup!

Cara membeli barang MyKasih guna MyKad

Penerima bantuan boleh membuat pembelian di pasar raya dan kedai runcit yang berdaftar dengan MyKasih di seluruh negara.

Langkah pembelian adalah mudah, iaitu memilih barangan yang diluluskan, menunjukkan MyKad kepada juruwang, mengesahkan transaksi dan pembayaran akan ditolak terus daripada baki kredit MyKasih.

Baki kredit yang tidak digunakan pada bulan semasa boleh dibawa ke bulan berikutnya, namun sebarang baki yang masih ada pada akhir tempoh program akan luput secara automatik.

Baca juga: Sempena Tahun Baharu Cina, Kenderaan Barangan Dilarang Guna Jalan Raya Pada Tarikh-Tarikh Ini!

Sumber: SARA.gov.my / portal MyKasih / Berita Harian

FT Image: Gemini AI

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×