Setiap kali menjelang Raya, mesti anda mahukan kelainan, betul tak? Masa inilah macam-macam idea datang nak deko rumah.
Bukan apa, raya hanya setahun sekali, sebolehnya kita nak tetamu rasa selesa dan kedatangan mereka dialu-alukan.
Sebenarnya, tak semestinya bila nak raya kita kena belanja jumlah yang besar untuk tukar perabot atau buat renovasi rumah secara besar-besaran. Kadang-kadang pemilihan warna cat yang tepat boleh ubah dan beri nafas pada seluruh rumah.
Untuk Raya 2026, warna Tree House (NP 8266) daripada koleksi Nippon Paint telah mencuri tumpuan ramai apabila ianya menjadi salah satu warna trending 2026.

Nada hijau lembut yang matang ini bukan saja nampak mewah dan eksklusif tapi ianya merupakan warna minimalis, yang memberikan kesan tenang, selesa dan nyaman, sesuai untuk anda yang mahukan suasana raya yang penuh makna.
Berikut min nak kongsikan cara untuk anda memaksimumkan penggunaan warna Tree House dalam setiap ruang rumah, tanpa perlu over tapi masih praktikal untuk seisi keluarga.
Guna sebagai ” focal point” untuk ruang tamu rumah
Ruang tamu adalah tempat kita berbual mesra meraikan kehadiran tetamu. Di sinilah warna Tree House boleh menyerlah.
Apa yang anda perlu buat ialah pilih satu dinding utama untuk dijadikan focal point. Ruang tamu anda akan lebih pop out jika perabot sedia ada anda adalah dari rona warna neutral seperti krim, kayu cerah atau kelabu lembut.

Tambahkan pencahayaan hangat dan tekstur lembut seperti langsir nipis atau kemasan kayu untuk mencipta suasana cozy. Sedikit permainan cahaya dan bayang sudah cukup untuk jadikan ruang tamu tampak tenang, moden dan menyambut tetamu dengan penuh rasa.
Cantik jadikan kemasan dinding ruang makan
Memainkan peranan penting, ruang makan adalah ruang paling famous dan aktif semasa hari raya menjelma. Disinilah tetamu berkumpul untuk menjamu selera. Jadi pemilihan warna cat Tree House (NP 8266) sebagai kemasan dinding merupakan salah satu langkah bijak.

Kenapa min kata begitu? Warna Tree House (NP8266) memberikan kesan luas, jadi tetamu tak rasa sesak walaupun berkumpul di satu ruang yang sama. Apatah lagi kalau anda buat feature wall. Sumpah lawa!
Memiliki finishing yang kemas, cantik selain tahan lasak dan mudah dijaga. Dengan Nippon Paint Spot-Less Plus, dinding bukan saja kelihatan cantik tetapi praktikal untuk kegunaan harian. Dengan Teknologi Anti-Kotoran, ia memudahkan kesan kotoran dibersihkan tanpa menjejaskan warna, sangat praktikal ketika musim perayaan.
Buat ruang peribadi & koridor lebih tenang, selesa nak berehat
Bagi ruang peribadi, Tree House memberikan rasa damai untuk berehat selepas melalui hari yang panjang. Warna ini membantu mewujudkan suasana nyaman dan santai. Memang lawa, sejuk mata memandang… sesuai untuk bilik tidur ibu bapa, anak atau koridor rumah.
Dipadukan pula dengan pencahayaan lembut dari lampu dinding atau touch light, ruang peribadi akan terasa lebih tenang dan selesa.
Kalau anda memang tengah rancang mahukan sesuatu yang berbeza sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun 2026, cubalah cat ruang rumah anda dengan warna Tree House (NP 8266).
Selain warnanya yang estetik, warna ini dilengkapi Teknologi Silver Ion yang membantu menghalang pertumbuhan virus dan bakteria pada dinding, serta Teknologi AirGuard yang menyerap formaldehid dan memperbaiki kualiti udara dalam rumah.
Confirm tak menyesal. Sebab apa? Sebab cantik di mata dan selamat untuk seisi keluarga
Lebih menarik lagi, sekarang anda berpeluang membawa pulang Blobby Touchlight, lampu comel dengan sentuhan lembut yang membantu membina mood relaks di rumah.
Layari laman web Nippon Paint hari ini untuk maklumat lanjut tentang Warna Tree House (NP 8266) dan blobby touchlight.
