Euforia Bola 2026
Dapur

Resipi Puding Karamel Cheese Tengah Viral Dari Venezuela, Tekstur Padat & Tak Hanyir Buat Ramai Nak Cuba!

puding karamel

Sedang ramai berkongsi idea pencuci mulut ringkas, versi puding karamel kali ini tampil sedikit berbeza apabila diolah menggunakan resipi Quesillo dari Venezuela yang kini sedang tular di media sosial.

Perkongsian oleh Ummi Ziera di Facebook ini menarik perhatian ramai kerana gabungan puding karamel dengan cream cheese menghasilkan tekstur yang lebih padat, berlemak dan tidak berongga seperti puding karamel biasa.

Baca juga: “Nak Tiru!”- Pasangan Ini Rancang Menu Sebulan Dengan Bajet RM241, Jimat Banyak Dapat Beli 8 Jenis Lauk!

RESIPI PUDING KARAMEL VENEZUELA

puding karamel

Gambar: Ummi Ziera

Menurut Ummi, walaupun rupa puding karamel cheese ini tidak terlalu cantik, namun rasanya memang ‘padu’ dan sesuai disediakan sebagai pencuci mulut untuk dinikmati bersama keluarga.

Bahan-bahan karamel:

  • 4 sudu gula
  • 4 sudu air panas

Bahan-bahan puding:

  • 5 biji telur (dipecahkan dan dibuang pusat telur)
  • 250 gram cream cheese
  • ¼ tin susu pekat (boleh tambah jika mahu lebih manis)
  • ½ tin susu sejat
  • 2 sudu gula
  • Sedikit esen atau aising vanila

Baca juga: 6 Pilihan Popular Buah Limau Mandarin Di Pasaran & Cara Pilih Yang Manis Macam Senyuman Awak!

puding karamel

Gambar: Ummi Ziera

Cara penyediaan:

  1. Panaskan 4 sudu gula sehingga cair dan berwarna perang.
  2. Masukkan 4 sudu air panas, tutup api dan kacau perlahan.
  3. Curahkan karamel ke dalam loyang dan ratakan. Ketepikan.
  4. Dalam bekas lain, whisk cream cheese sehingga lembut.
  5. Masukkan telur, susu pekat, susu sejat, gula dan vanila.
  6. Kacau semua bahan menggunakan whisk sehingga sebati.
  7. Tuangkan adunan ke dalam loyang berisi karamel tadi.
  8. Kukus selama 30 minit atau sehingga masak sempurna.

Tekstur dan rasa

Menurut Ummi Ziera, puding karamel cheese ini tidak terlalu manis, sebaliknya menawarkan rasa manis sederhana dengan tekstur berlemak, isi yang padat serta tidak berongga seperti puding karamel biasa.

Malah, puding ini juga dikatakan tidak hanyir, tidak muak dan sesuai dinikmati oleh seisi keluarga.

“Puding saya tak manis sangat, manis-manis buah je, tapi berlemak, isinya padat dan tiada rongga seperti karamel biasa. Tak muak dan tak hanyir, insya-Allah,” katanya.

Baca juga: Resipi Mudah Buat Pekasam Daging, Dah Boleh Buat Sekarang Untuk Stok Lauk Ramadan!

Sumber: Ummi Ziera

FT Image: Ummi Ziera

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×