Euforia Bola 2026
Famili

“Sakit Hati Saya Tengok…” Ibu Budak Mangsa Dihempap Penghadang Jemaah Masjid Tampil Beri Penjelasan

PENGHADANG JEMAAH

Satu rakaman video yang tular di media sosial baru-baru ini memaparkan satu kejadian tidak diingini berlaku apabila penghadang jemaah tumbang lalu menimpa seorang kanak-kanak di dalam masjid.

Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook,memaparkan kejadian yang dipercayai berlaku sekitar jam 6.22 petang.

Baca juga: “Sumpah Seram!”- Parcel Misteri Muncul Depan Rumah Ala Santau, Rupanya Taktik Baru Scammer.. Jangan Buka!

PENGHADANG JEMAAH HEMPAP BUDAK DI MASJID

PENGHADANG JEMAAH

Ketika jemaah sedang menunaikan solat, beberapa kanak-kanak kelihatan berlari di bahagian belakang saf. Pada masa yang sama, dua jemaah wanita di ruang muslimah dilihat berinteraksi secara tolak-menolak, dipercayai dalam keadaan bergurau.

Tanpa disangka, perbuatan tersebut menyebabkan penghadang jemaah yang memisahkan ruang lelaki dan wanita terdorong sebelum kehilangan keseimbangan lalu tumbang tepat ke arah laluan seorang kanak-kanak yang sedang melintas.

Beberapa jemaah yang menyedari kejadian itu segera bertindak membantu dengan mengangkat penghadang yang menindih kanak-kanak berkenaan.

Kanak-kanak tersebut kelihatan lemah dan tidak bermaya sebelum seorang lelaki berbaju merah mengangkatnya keluar dari kawasan solat.

Insiden itu turut mengundang perhatian warganet apabila dua individu yang dipercayai terlibat dalam gurauan berkenaan dilihat meneruskan solat seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Peristiwa ini mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial. Namun lebih daripada sekadar kemarahan, kejadian ini mengingatkan kembali tentang pentingnya adab dan tanggungjawab ketika berada di dalam masjid.

Penghadang jemaah pula bukan dicipta untuk dijadikan tempat bersandar, bermain atau bergurau dan berfungsi sebagai pemisah ringan, dan sebarang kelalaian boleh mendatangkan risiko, khususnya kepada kanak-kanak.

PENGHADANG JEMAAH

Dalam pada itu, ibu kepada kanak-kanak terbabit tampil memberikan penjelasan selepas video tersebut tersebar luas di media sosial.

Menurutnya, dia terkejut apabila rakaman insiden melibatkan anaknya menjadi tular, sedangkan sebelum ini kejadian itu hanya diketahui dalam lingkungan kejiranan sahaja.

“Bagaimana boleh video anak saya yang ditimpa penghadang di masjid tersebar dan menjadi tular di merata tempat, sedangkan yang tahu sebelum ini hanya penduduk sekitar. Lebih menyedihkan, ada pula komen yang tidak benar sehingga mendakwa anak saya meninggal dunia.

“Sebenarnya anak saya sudah sihat dan sudah boleh menjalani aktiviti seperti biasa. Pihak keluarga juga telah berbincang dan menyelesaikan perkara ini secara baik, jadi tidak perlu diperbesarkan lagi.

“Saya mohon maaf jika ada yang menyangka saya marah kerana video itu tular. Hakikatnya, saya tidak sanggup melihat anak saya ditimpa seperti itu. Sebagai seorang ibu, hati saya sangat terluka melihat kejadian tersebut. Terima kasih kepada semua yang mendoakan anak saya,” katanya lagi.

Baca juga: Adik-Adik, Ini 10 Program Pengajian Di IPTA Paling Ramai Mohon… Susah ‘Lock’ Kalau Tak Penuhi Syarat!

Sumber: Vatharany

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×