Euforia Bola 2026
Famili

“Doakan Anak Saya” – Diana Danielle Kongsi Keadaan Muhammad, Muka Tiba-Tiba Lumpuh & Tak Boleh Sebut M,B&P

Anak Diana Danielle

Anak Diana Danielle dan Farid Kamil, Muhammad yang kini berusia 13 tahun, dilaporkan sedang berdepan masalah saraf pada bahagian wajah yang disyaki berkaitan sama ada Sindrom Guillain-Barré (GBS) atau Bell’s Palsy.

Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Diana menerusi beberapa perkongsian di Instagram Story miliknya bagi menjelaskan keadaan kesihatan anaknya yang sebelum ini menerima rawatan di hospital.

Baca juga: Pendaftaran Tahun 1 2027 Dibuka Online Bermula 15 Februari, Anak Lahir 2 Januari-31 Disember 2021 Layak Daftar

ANAK DIANA DANIELLE LUMPUH MUKA SECARA TIBA-TIBA

Anak Diana Danielle

Menurut Diana, Muhammad telah dibenarkan pulang ke rumah selepas menjalani pemeriksaan menyeluruh dan kini sedang mengambil ubat steroid sebagai sebahagian daripada rawatan awal.

Selain itu, satu temu janji untuk menjalani imbasan MRI turut dijadualkan bagi membantu doktor mengenal pasti punca sebenar gangguan saraf tersebut.

Katanya, walaupun setiap pakar mempunyai pandangan berbeza, perkembangan anaknya setakat ini menunjukkan tanda-tanda positif dan semakin stabil.

Sebelum mengalami masalah saraf pada wajah, Muhammad difahamkan pernah mengalami demam akibat jangkitan virus. Susulan itu, beberapa pemeriksaan lanjut telah dilakukan melibatkan pakar neurologi, pakar telinga, hidung dan tekak (ENT) serta pakar perubatan lain bagi memastikan keadaannya tidak melibatkan komplikasi serius.

Dalam pada itu, Diana turut meluahkan rasa syukur apabila anaknya sudah dibenarkan keluar dari hospital dan dapat berehat di rumah bersama keluarga, meskipun proses pemulihan masih memerlukan masa.

Anak Diana Danielle

Fokus utama ketika ini adalah usaha memulihkan fungsi saraf wajah Muhammad, terutamanya dari segi pertuturan. Diana menjelaskan terdapat beberapa huruf tertentu yang sukar disebut oleh anaknya ketika ini dan memerlukan latihan berterusan.

“Ada huruf seperti M, B dan P yang agak sukar untuk dia sebut, jadi dia perlu kerap berlatih supaya saraf wajah kembali kuat,” jelasnya.

Tambah Diana lagi, pihak doktor masih belum dapat membuat pengesahan muktamad sama ada Muhammad mengalami Sindrom Guillain-Barré atau Bell’s Palsy kerana lumpuh yang berlaku adalah ringan, melibatkan kedua-dua belah wajah dan tidak merebak ke bahagian tubuh yang lain.

“Sekarang dia sudah tidak demam. Cuma kesan daripada jangkitan virus tempoh hari menyebabkan keadaan ini berlaku. Insya-Allah boleh pulih, cuma ambil masa beberapa minggu atau bulan bergantung kepada tindak balas badan,” tambahnya.

Baca juga:

Sumber: Instagram Diana Danielleb

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×