Euforia Bola 2026
Didik

[TERKINI] KPM Umum Pengambilan 20,000 Guru Baharu, Permohonan Dibuka 2 Mac Ini!

pengambilan guru

Pengambilan guru baharu yang baru sahaja diumumkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) apabila seramai 20,000 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG9 akan diambil secara Contract of Service (CoS) bagi memenuhi keperluan pendidikan di sekolah seluruh negara. Berita baik buat pencari kerja, khususnya mereka yang berminat membina kerjaya dalam bidang perguruan.

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, menerusi satu hantaran di Facebook, sambil menjemput calon yang berkelayakan untuk merebut peluang berkhidmat sebagai pendidik.

Baca juga: MyKad Baharu Diperkenal, Ini Cara Kerajaan Jejak Pembelian Minyak Masak Subsidi

PENGAMBILAN GURU BAHARU SERAMAI 20,000!

pengambilan guru

Gambar hiasan: Gemini AI.

Persediaan Awal Pelaksanaan RPM 2026–2035

Menurut Fadhlina, inisiatif pengambilan guru baharu ini merupakan sebahagian daripada persiapan awal KPM bagi pelaksanaan Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026–2035, termasuk persediaan kemasukan murid berumur enam tahun ke Tahun 1 secara sukarela bermula tahun hadapan.

Langkah ini diambil bagi memastikan keperluan guru mencukupi selari dengan perkembangan sistem pendidikan negara, selain menyokong pelaksanaan dasar pendidikan jangka panjang.

Baca juga: JHEAINS Tegas! Larang Guna Istilah ‘Buffet Ramadan’ Jika Tiada Sijil Halal, Elak Pengguna Muslim Keliru

Proses & Garis Masa Pengambilan Guru

Berdasarkan maklumat infografik yang dikongsikan KPM, proses pengambilan guru ini akan dilaksanakan mengikut garis masa berikut:

  • Hebahan pengambilan guru: 23 Februari 2026
  • Permohonan dibuka: 2 hingga 20 Mac 2026
  • Proses saringan temu duga: 27 April hingga 14 Mei 2026

Selain itu, calon yang terpilih perlu:

  • Mendapat kerjasama penuh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP)
  • Menjalani latihan ikhtisas di Institut Pendidikan Guru (IPG) KPM dalam pelbagai bidang pengkhususan

Latihan ini bertujuan memastikan aspek kompetensi dan profesionalisme guru terus terpelihara sebelum ditempatkan di sekolah.

Fadhlina menegaskan bahawa inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan MADANI dalam meningkatkan mutu pendidikan negara demi manfaat anak-anak Malaysia.

Maklumat lanjut berkaitan pengambilan guru ini akan dikongsikan oleh KPM dalam masa terdekat.

pengambilan guru

Baca juga: Buat Pemilik Kenderaan Usia Lebih 20 Tahun, Kerajaan Tawar RM2,000 Rebat ‘Trade-In’ Beli Kereta Baharu!

Sumber: Fadhlina Sidek

FT Image: Gemini AI

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×