Tanggungjawab seorang pengetua sekolah kini bukan sekadar memastikan kelancaran akademik dan disiplin pelajar, malah boleh berdepan tindakan undang-undang sekiranya gagal membendung satu isu yang semakin membimbangkan dalam kalangan remaja.
Dalam usaha mengekang peningkatan mendadak penggunaan vape di sekolah, pihak berkuasa di sebuah negara Asia memperkenalkan hukuman berbentuk denda kepada pentadbiran sekolah sekiranya terdapat pelajar didapati menghisap vape di kawasan institusi pendidikan.
Baca juga: Gusar Hati Mak Ayah Kes Dera Makin Menjadi-Jadi, Ini 5 Cara Pilih Tadika Yang Selamat & Terbaik!
PENGETUA SEKOLAH DIDENDA RM1,500 JIKA PELAJAR HISAP VAPE

Gambar: Giang Huy (VnExpress).
Langkah tegas itu dilaksanakan apabila kerajaan negara berkenaan memperkenalkan satu rangka kerja penguatkuasaan pentadbiran baharu yang meletakkan tanggungjawab secara langsung ke atas pihak pengurusan sekolah, khususnya pengetua.
Menerusi peraturan tersebut, pengetua boleh dikenakan denda sekiranya pihak berkuasa mendapati mereka gagal mengurus, menyelia atau mencegah pelajar daripada menggunakan vape atau produk tembakau di sekolah.
Peraturan berkenaan sebenarnya sudah mula berkuat kuasa sejak hujung tahun lalu sebagai sebahagian daripada usaha serius kerajaan membanteras budaya vape dalam kalangan remaja yang dilihat semakin membimbangkan dari sudut kesihatan awam.
Baca juga: [TERKINI] PM Anwar Setuju TIADA Ujian Diagnostik Untuk Kemasukan Ke Darjah Satu

Gambar hiasan: Snowing.
Pelajar turut didenda!
Difahamkan, peraturan itu adalah sebahagian daripada Dekri 371 yang diumumkan oleh Kementerian Kesihatan Vietnam, sekali gus menjadikan negara berkenaan antara yang paling tegas dalam menguatkuasakan undang-undang berkaitan vape di sekolah.
Di bawah peraturan tersebut, pengetua sekolah di Vietnam boleh dikenakan denda antara 5 juta dong hingga 10 juta dong, bersamaan kira-kira RM752 hingga RM1,500, jika gagal melaksanakan tanggungjawab mengawal penggunaan vape dalam kalangan pelajar.
Bukan itu sahaja, pelajar atau individu yang secara langsung menggunakan produk vape atau tembakau juga boleh dikenakan tindakan dengan denda antara 3 juta dong (RM451) hingga 5 juta dong, manakala semua barangan yang dirampas akan disita dan dimusnahkan.
Beberapa pegawai kesihatan memaklumkan bahawa peraturan baharu ini menandakan kali pertama undang-undang di Vietnam meletakkan liabiliti undang-undang secara jelas ke atas pihak pentadbiran sekolah berhubung isu penggunaan vape dalam kalangan pelajar.
Pendekatan ini dilihat sebagai satu mesej jelas bahawa isu vape bukan lagi dianggap kesalahan kecil, sebaliknya satu ancaman serius yang memerlukan kerjasama penuh pihak sekolah, ibu bapa dan kerajaan bagi melindungi generasi muda daripada kesan jangka panjang tabiat tersebut. – AGENSI
Baca juga: Dari Tadika Hingga Universiti, Ini Laluan Pendidikan Di Al-Azhar Mesir Sebelum Hantar Anak Ke Sana
Sumber: VnExpres
FT Image: ArthurHidden / AFP
