Euforia Bola 2026
Sihat

Sains Buktikan Rindu ‘Si Dia’ Setiap Kali Tengah Malam Rupanya Tipu Daya Otak, Ini Cara Move On Yang Betul

cara move on

Jam di dinding menunjukkan jam 2.15 pagi. Mata sudah separuh terpejam, badan keletihan, tetapi tangan masih setia menggenggam telefon mencari nama-nama orang yang sudah tiada lagi dalam kehidupan kita kerana cara move on yang dipraktikkan adalah salah.

Mungkin niat asal hanya mahu “tengok sekejap”, sekadar nak tahu, dia sihat atau sudah ada pengganti? Namun, semuanya sebenarnya memakan diri!

Baca juga: Peguam Beri AMARAN, Aktiviti ‘Stalk Ex’ Boleh Jadi Kes Jenayah…Kalau Kantoi Memang Malu!

GUNA CARA MOVE ON YANG SALAH, BOLEH MAKAN DIRI BILA ASYIK ‘STALK’ TENGAH MALAM

cara move on

Foto: freepik

Tanpa sedar selepas berjam-jam, anda masih menatal gambar-gambar lama, status bertahun dahulu, malah sampai ke tahun 2018. Hati makin sakit, dada makin sempit, tapi jari tetap enggan berhenti. Pelik, kan? Sedangkan anda tahu, benda itu hanya menyakitkan diri sendiri.

Kenapa proses mengimbau kenangan ini seringkali berlaku pada waktu tengah malam? Hakikatnya, sains ada jawapannya dan ia langsung bukan sebab anda lemah.

Menurut kajian psikologi yang dikongsikan menerusi Public Health Malaysia, sekitar jam 2 pagi, bahagian otak rasional manusia iaitu Prefrontal Cortex sudah terlalu letih dan hampir “offline”. Inilah bahagian otak yang biasanya memberi isyarat waras seperti, “Cukup! Ini buang masa dan hanya buat kau terluka.”

Apabila ia keletihan, otak emosi (Amygdala) pula mengambil alih kawalan. Pada waktu yang sama, perasaan sunyi menjadi lebih kuat dan otak mula mencari “dopamine hit” iaitu ganjaran emosi segera untuk rasa lega sementara.

Melihat wajah yang pernah rapat di hati, walaupun hanya melalui skrin, memberi ilusi sambungan emosi yang singkat. Ia bukan rindu sebenar, tetapi reaksi biologi yang dipengaruhi hormon dan keletihan mental.

“Pain Shopping” dan Digital Self-Harm, Bangun Esok Pagi Menyesal…

cara move on

Foto: freepik

Dalam psikologi, tabiat ini dikenali sebagai “Pain Shopping” atau Digital Self-Harm. Anda secara sedar mencari sesuatu yang anda tahu akan menyakitkan hati, tetapi tetap melakukannya.

Bukan kerana anda suka menderita, tetapi kerana otak yang letih mudah terperangkap dengan emosi, terutamanya pada waktu malam apabila sunyi dan kesunyian terasa lebih berat.

Rasa rindu yang datang lewat malam itu selalunya hanyalah tipu daya hormon. Hal ini kerana, esok pagi, bila anda bangun dan Prefrontal Cortex kembali segar, besar kemungkinan anda akan menyesal bukan sebab rindu, tapi sebab buang masa, buang data, dan luka semula hati sendiri.

Jadi, bila jam menghampiri 2 pagi:

  • Letakkan telefon
  • Pejamkan mata
  • Pilih untuk sayangi diri sendiri, bukan kenangan lama

Ubatnya sebenarnya ringkas, tapi ramai berat nak buat:

  • Unfollow
  • Mute
  • Block (kalau perlu)

Prinsipnya mudah, “Out of sight, out of mind”…. jangan beri peluang kepada algoritma media sosial untuk menyuap kenangan lama yang anda sendiri sedang cuba lupakan. Ingat satu perkara penting, kesihatan mental anda jauh lebih mahal daripada satu butang ‘Friend’ atau ‘Follow’.

Baca juga: Permohonan Cerai Bawah Seksyen 47, Rupanya Ada ‘Syarat’ Dalam Proses Ini Yang Pasangan Tak Boleh Buat!

Sumber: Public Health Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×