Euforia Bola 2026
Inspirasi

“Terima Kasih Sebab Jujur” – Perkongsian Cara Syamimia Tegur Anak Terima Reaksi Positif, Buat ‘Inner Child’ Terusik!

BERBUAL DENGAN ANAK

Perkongsian seorang pempengaruh dikenali sebagai Syamimia di media sosial baru-baru ini menarik perhatian ramai apabila dia berkongsi cara berbual dengan anaknya, Malik, mengenai satu situasi yang berlaku di sekolah.

Menurut Syamimia, perbualan itu bermula dengan ucapan terima kasih kerana Malik berani bercerita dengan jujur kepada mama dan ayah tentang apa yang berlaku di dalam kelas.

Baca juga: Ramai Masih Terkesan & Rasa Sebak…Ini Kronologi Warga Emas & 70 Ekor Kucing Terkorban Dalam Kebakaran Rumah

SYAMIMA BERBUAL DENGAN ANAK TERIMA KOMEN POSITIF, SABARNYA…

BERBUAL DENGAN ANAK

Dengan nada yang lembut dan tenang, dia mengajak Malik duduk berbual tanpa tekanan, sambil menegaskan bahawa itu adalah ruang selamat untuk anak meluahkan perasaan.

Dalam perbualan tersebut, Malik menceritakan suasana di kelas yang ceria ketika rakan-rakan membantu mengemas papan putih. Malik turut berkongsi bahawa dia ingin menolong rakan yang sedang membersihkan papan putih, namun tidak sampai kerana papan itu agak tinggi.

“Selepas itu ada kawan saya nak kemas whiteboard. Dia terus pakai eraser tu dan lepas tu kan, Malik nak tolong bersihkan yang whiteboard tu. Tak sampai juga, tinggi sangat,” luah anaknya.

Syamimia dengan tenang bertanya satu demi satu, bukan untuk menyalahkan, tetapi untuk memahami situasi sebenar. Malik menjelaskan bahawa dia tidak membaling apa-apa dan hanya berniat membantu rakan. Duster yang rosak juga bukan disengajakan, sebaliknya berlaku ketika rakan lain sedang mengelap papan putih.

Di akhir perbualan, Syamimia dan suaminya mengucapkan penghargaan kepada Malik atas sikap rajin, jujur dan kesungguhannya membantu rakan-rakan di sekolah.

BERBUAL DENGAN ANAK

“Terima kasih jadi anak yang rajin, anak yang baik dan anak yang jujur,” itulah antara ungkapan yang dikongsikan Syamimia sebagai penutup perbualan tersebut.

Perkongsian ini mendapat perhatian ramai kerana ia memperlihatkan contoh komunikasi berempati antara ibu bapa dan anak, di mana soalan ditanya dengan tenang, perasaan anak diraikan, dan kejujuran dihargai tanpa paksaan atau marah.

“Terima kasih Syamimia sebab ajar cara saya bercakap macam ini dengan anak saya sebab saya seorang yang baran kalau dengar cikgu mengadu. Impian seorang mak bonding dengan anak macam ni tapi saya baran. Kalau la saya sesabar ini bercakap dengan anak,” komen pengguna media sosial.

Syamimia berharap perkongsian ini dapat menjadi inspirasi kepada ibu bapa lain untuk mendengar cerita anak-anak dengan hati yang terbuka, kerana daripada situlah lahir rasa selamat, percaya dan keberanian untuk berlaku jujur.

Baca juga: “Sumpah Seram!”- Parcel Misteri Muncul Depan Rumah Ala Santau, Rupanya Taktik Baru Scammer.. Jangan Buka!

Sumber: TikTok Syamimiaa

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×