Kerajaan bersetuju murid enam tahun tidak perlu menjalani ujian diagnostik khas bagi kemasukan ke Darjah Satu. Langkah ini diambil bagi mengelakkan bebanan murid serta mempermudah pelaksanaan sistem pendidikan negara.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan tersebut dibuat selepas mengambil kira pandangan pelbagai pihak. Keutamaan diberikan kepada pemantauan berterusan perkembangan murid melalui peranan guru dan ibu bapa.
KEMASUKAN KE DARJAH SATU TIADA UJIAN DIAGNOSTIK

Gambar BERNAMA; Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sesi pertanyaan-pertanyaan dan jawab lisan pada Mesyuarat Pertama, Penggal Kelima Parlimen ke-15 Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini.
“Oleh itu, ia ditiadakan supaya dipermudahkan.
“Bagaimanapun, menjadi tanggungjawab guru-guru dan ibu bapa untuk pantau kelayakan anak-anak,” katanya ketika sesi Pertanyaan Perdana Menteri (MPQT) di Dewan Rakyat pada Isnin.
Ujian diagnostik Darjah Satu dihapuskan
Sebelum ini, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dilapor memaklumkan bahawa ujian saringan diagnostik khas akan digunakan untuk menentukan kelayakan kanak-kanak memasuki Tahun Satu seawal umur enam tahun mulai sesi persekolahan 2027.
Beliau berkata, hanya murid yang layak dan berjaya melepasi kriteria ditetapkan setelah menduduki ujian diagnostik itu akan dipilih untuk kemasukan berkenaan.
Keputusan untuk meniadakan ujian ini bertujuan memberi ruang lebih fleksibel kepada guru dan ibu bapa untuk memantau perkembangan anak-anak tanpa tekanan ujian formal.
Baca juga: Panduan Lengkap Rayuan STR 2026 Secara Online & Manual, Kena Ada Dokumen Ini Untuk LULUS!

Gambar hiasan: Utusan
Penilaian berterusan lebih utama
Sementara itu, Anwar menegaskan bahawa pelaksanaan ujian penilaian Darjah Empat membolehkan pihak berkepentingan mempunyai tempoh sekurang-kurangnya dua tahun untuk melakukan penambahbaikan sebelum murid melangkah ke Tingkatan Satu.
“Biasalah dalam apa juga cadangan, akan mengundang sedikit kontroversi. Buat ujian Darjah Tiga salah, Darjah Empat salah, Darjah Enam pun salah. Tak buat langsung pun salah.
“Jadi kita putuskan, buat (ujian) Darjah Empat kemudian kita lihat keberkesanannya.
“Pendidikan harus dinamik, harus ada penilaian yang berterusan dan peringkat awal, ini adalah cadangan. Saya harap masyarakat, ibu bapa beri ruang kita cuba dengan sebaik mungkin,” katanya.
Keputusan ini dilihat sebagai langkah progresif untuk mengutamakan kesejahteraan murid sambil mengekalkan sistem penilaian yang adaptif dan berterusan.
Baca juga: Tutorial Lengkap Cara Guna Aplikasi MyGOV Untuk Semak STR & Bantuan Kewangan, Tak Payah Pening Dah!
Sumber: Sinar Harian
FT Image: BERNAMA / Utusan
