Euforia Bola 2026
Percutian

Fenomena ‘Laut Terbelah’ Pulau Pangkor Kembali Awal Februari, Hanya Setahun Sekali Untuk Cuba!

fenomena laut terbelah

Fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor mencuri tumpuan apabila fenomena air laut surut luar biasa dijangka berlaku pada awal Februari 2026, sekali gus menawarkan pengalaman alam semula jadi yang jarang ditemui dan hanya berlaku setahun sekali.

Keunikan ini membolehkan orang ramai merasai pengalaman istimewa menyeberang dari Pantai Teluk Nipah ke Pulau Giam hanya dengan berjalan kaki ketika paras air laut berada pada tahap paling rendah.

Baca juga: Tiket Tren MySawasdee 2026 Pergi Hatyai Dah Dibuka, Boleh Mula Beli Dari Sekarang Sebelum Sold Out!

FENOMENA LAUT TERBELAH PULAU PANGKOR, MULA AWAL FEBRUARI INI

FENOMENA LAUT TERBELAH

Keadaan air surut yang ketara ini biasanya berlaku sekitar bulan Februari dan hanya pada hari tertentu sahaja, bergantung kepada jadual pasang surut laut.

Laluan antara Pantai Teluk Nipah dan Pulau Giam yang dianggarkan sejauh kira-kira 400 meter boleh ditempuh dalam masa sekitar 10 hingga 15 minit berjalan kaki, dengan paras air mencecah sekitar buku lali pada waktu tertentu.

Selain menjadi tarikan unik kepada pelancong, fenomena ini turut memberi peluang kepada penduduk tempatan untuk mencari hasil laut seperti gamat, di samping membolehkan pengunjung melihat batu karang dan hidupan marin yang biasanya tenggelam ketika air pasang.

Namun begitu, keadaan ini hanya berlaku sepenuhnya pada satu hari tertentu, manakala hari-hari lain mungkin mengalami air surut separa sahaja.

FENOMENA LAUT TERBELAH

Sebagai makluman, fenomena laut terbelah atau air surut ketara ini dijangka berlaku di Pulau Pangkor pada:

  • Isnin, 2 Februari 2026: 11.00 pagi
  • Selasa, 3 Februari 2026: 11.40 pagi
  • Rabu, 4 Februari 2026: 12.16 tengah hari

Orang ramai yang merancang kunjungan dinasihatkan merancang perjalanan lebih awal bagi menikmati keunikan alam ini dengan selamat.

Sehubungan itu, Balai Bomba dan Penyelamat Pulau Pangkor menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dan mematuhi langkah keselamatan semasa berada di kawasan pantai.

Pengunjung disaran menyemak jadual pasang surut air laut bagi mengelakkan risiko terperangkap apabila air mulai pasang semula, selain mengawasi pergerakan kanak-kanak dengan teliti. Pemakaian jaket keselamatan juga digalakkan bagi mereka yang menggunakan kenderaan marin.

Baca juga: Ahli Keluarga Wajib Tahu, Ini Panduan Lengkap A–Z Jika Berlaku Kematian Di Thailand

Sumber: Facebook Perak Press

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×