Euforia Bola 2026
Sihat

Cara Buat Pes Kunyit Campur Beras DIYAKINI Boleh Rawat Bisul, Sapu Setiap Hari InsyaAllah Surut

CARA RAWAT BISUL

Bagi anda yang sedang mencari kaedah semula jadi cara rawat bisul, boleh cuba petua di bawah ini dengan menggunakan bahan dapur yang mudah diperoleh, selamat dan berkesan.

Salah satu kaedah yang popular adalah menggunakan pes kunyit, yang terkenal dengan sifat antiseptik dan anti-radang untuk membantu mempercepatkan penyembuhan bisul.

Baca juga: Kaedah Rawat Strok Seperti Saranan Tok Guru, Kena Picit Jari Dan Baca Surah Ini 90 Kali

CARA RAWAT BISUL GUNA PES KUNYIT, INI KAEDAHNYA

CARA RAWAT BISUL

Bahan yang diperlukan adalah:

  • Segenggam beras
  • 2–3 inci kunyit segar
  • Air sejuk secukupnya

Cara penyediaannya anda perlu rendam beras dan kunyit dalam air sejuk selama sejam. Setelah itu, toskan bahan-bahan tersebut dan tumbuk sehingga halus dan menjadi lumat. Hasil pes ini kemudiannya boleh digunakan secara terus pada bahagian kulit yang mengalami bisul.

Untuk penggunaan, pes kunyit ini perlu ditepek pada bisul dan dibiarkan kering. Selepas kering, pes boleh diganti dengan yang baru.

Boleh dilakukan 2–3 kali sehari sehingga bisul menunjukkan tanda penyembuhan. Kelebihan kaedah ini ialah selain mudah disediakan, ia juga menggunakan bahan semula jadi tanpa bahan kimia tambahan, menjadikannya selamat untuk kebanyakan pengguna.

CARA RAWAT BISUL

Freepik

Walaupun pes kunyit membantu mempercepatkan proses penyembuhan, ia penting untuk memastikan kawasan bisul sentiasa bersih dan jika terdapat tanda-tanda jangkitan serius seperti nanah banyak, demam atau bisul tidak kecut, sila dapatkan rawatan profesional segera.

Dengan cara yang mudah dan bahan yang tersedia di dapur, ibu bapa atau individu boleh cuba kaedah ini untuk meredakan bisul tanpa perlu bergantung sepenuhnya kepada ubat farmasi, sambil menikmati manfaat semula jadi kunyit sebagai agen anti-radang dan antibakteria.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Bawang Merah Tompok Hitam Tanda Ada Kulat, Kena Basuh Macam Ini Dulu Sebelum Nak Guna!

Sumber: Facebook Rasa

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×