Euforia Bola 2026
Famili

Throwback Zaman Dulu! Ini 8 Wajah Terkini Pelakon Kanak-Kanak Popular & Karya Ikonik Mereka

pelakon kanak-kanak

Transformasi pelakon kanak-kanak sering menjadi topik hangat di media sosial dan forum hiburan. Ramai peminat gemar mengimbas nostalgia melihat wajah-wajah comel yang mengisi kaca TV dahulu, kemudian membandingkannya dengan rupa mereka kini.

Selain rupa, gaya dan aura mereka juga berubah mengikut usia. Dari yang manja dan innocent, kini mereka tampil lebih matang, profesional dan sofistikated.

Baca juga: Jururawat Nur Deena Dapat Pengiktirafan Dari Menteri Kesihatan, Selepas Tular Suap Makan Kepada Pesakit India

IMBAS! 8 WAJAH DEWASA PELAKON KANAK-KANAK POPULAR ZAMAN DULU

Berikut senarai 8 wajah pelakon kanak-kanak yang popular semasa zaman kecil mereka bersama transformasi imej versi sekarang dan tak dilupakan karya lakonan hebat yang mengangkat nama mereka:

1. Puteri Balqis

 

puteri balqis

Gambar: YouTube / Instagram

Puteri Balqis terkenal sebagai pelakon kanak-kanak berbakat besar, memulakan kerjaya seawal usia 2 tahun. Drama popularnya termasuk Akulah Balqis (2015), Astana Cinta Aleesa (2014) dan Pelarian (2012). Filem terkenal beliau termasuk 1 Lawan Satu (2013) dan Upin & Ipin: Jeng Jeng Jeng! (2016).

Menerusi Pelarian, beliau telah memenangi Anugerah Artis Harapan Pantene di Anugerah Skrin 2012. Di mana, ia merupakan satu penghormatan buat Puteri Balqis apabila hampir keseluruhan drama Pelarian telah diadaptasi dari kisah hidupnya sendiri.

2. Syafie Naswip

Syafie Naswip

Gambar: Gempak / Instagram

Syafie Naswip mula terkenal sebagai pelakon kanak-kanak atau remaja melalui filem Mukhsin (2007) pada usia 14 tahun, memegang watak utama dan memenangi Pelakon Kanak-Kanak Terbaik di FFM20.

Pada usia 15 tahun, beliau memenangi Pelakon Lelaki Terbaik di Anugerah Skrin ke–11 untuk Ilham Suci. Seterusnya, beliau memenangi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di FFM22 menerusi filem Talentime.

3. Sweet Qismina

sweet qismina

Gambar: Astro / Instagram

Sweet Qismina mula terkenal menerusi watak Fasha dalam siri drama Hikayat Putera Shazlan. Beliau kini diiktiraf sebagai pelakon yang berjaya melepasi transisi daripada kanak-kanak ke dewasa.

Pada 2025, beliau menerima Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-34 dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Anugerah MPFKL 2024 serta Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa ASEAN menerusi filem Babah. Kemudian, belia dinobatkan sebagai Aktres Filem Popular di ABPBH ke-37.

4. Nurul Elfira Loy

nurul elfira loy

Gambar: Blog / Instagram

Permulaan kerjaya Nurul Elfira Loy pada 2006 apabila dilamar membintangi teater kanak-kanak popular Ali Baba The Muzikal di Istana Budaya. Beliau juga terkenal melalui filem komedi Tentang Bulan dan drama Qalesya.

Pada 2011, sewaktu berusia 17 tahun, beliau memenangi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Anugerah Skrin ke–15 menerusi filem Kum Kum.

Baca juga: Viral ‘Pejuang Rezeki’ Solat Subuh Berjemaah Dalam Gerabak Komuter Menuju Ke Tempat Kerja, Jadi Inspirasi!

5. Mia Sara Nasuha

pelakon kanak-kanak

Gambar: YouTube / Instagram

Mia Sara Nasuha terkenal sebagai pelakon kanak-kanak berbakat dengan penampilan sulung ikonik dalam drama Adamaya (2010). Beliau memenangi Pelakon Kanak-Kanak Terbaik menerusi filem Sekali Lagi.

Antara karya filem dan drama masa kecilnya yang popular termasuk Papa I Love You (2011), Nur Kasih The Movie (2011) dan siri Strawberi & Karipap (2013–2016).

6. Fimie Don

pelakon kanak-kanak

Gambar: Astro / Instagram

Fimie Don memulakan kerjaya lakonan sejak usia 5 tahun dan terkenal melalui watak utama dalam drama Hikayat Putera Shazlan (2006) sebagai Shazlan dan Bong (2008) sebagai Aiman.

Beliau juga dikenali melalui filem Magika (2010), yang membuatkan dirinya menerima anugerah Pelakon Remaja Terbaik di FFM23 pada usia 12 tahun. Fimie turut berlakon dalam siri popular Juvana (2011) sebagai watak Kedah.

7. Aedy Ashraf

Aedy Ashraf

Gambar: YouTube / Instagram

Aedy Ashraf mula bergiat aktif dalam bidang lakonan di usia 10 tahun pada 2003 menerusi filem Jutawan Fakir. Beliau juga membintangi puluhan drama dan telefilem, termasuk watak ikonik Mamat dalam Tentang Bulan (2006).

Antara lakonan awalnya yang terkenal termasuk filem Cinta Kolestrol (sebagai Ahmad Yusry kecil), telefilem Cerita Adam (sebagai Rahmat) dan siri Disney Channel Waktu Rehat (sebagai Faiz).

8. Amelia Henderson

amelia henderson

Gambar: Budiey / Instagram

Amelia Henderson memulakan kerjaya sebagai pelakon kanak-kanak dan model iklan. Antara lakonan awal yang menonjol adalah watak Melati dalam filem arahan Yasmin Ahmad, Talentime (2009).

Beliau juga terlibat dalam pelbagai iklan dan drama televisyen sejak kecil.

Baca juga: Isi Masa Sementara Tunggu Keputusan SPM, Remaja Ini Jadi Imam…Pilihan Lain Dari Yang Lain!

Sumber: Facebook Oh Puyu / Wikipedia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×