Euforia Bola 2026
Dapur

Wanita Kongsi Resipi Ikan Bawal Masak Kicap ‘Chinese Style’, Tak Sangka Sedap Sampai Tergamam!

ikan bawal masak kicap

Ikan bawal masak kicap versi Chinese style ini rupanya jauh lebih sedap daripada jangkaan, malah rasanya seimbang dan tidak muak walaupun menggunakan bahan yang ringkas serta mudah didapati.

Perkongsian resipi ini dibuat oleh Eny Abdullah menerusi Facebook yang mengakui pada awalnya menyangka hidangan ini biasa-biasa sahaja, namun selepas mencuba sendiri, rasanya benar-benar membuka selera.

Baca juga: Orang Dulu-Dulu Tak Guna Tepung Mentah Bila Buat Kek, Rupanya Guna Teknik Sangai Barulah Hasil ‘Premium’!

RESIPI IKAN BAWAL MASAK KICAP ‘CHINESE STYLE’

ikan bawal masak kicap

Gambar: Eny Abdullah

Menariknya, resipi ini tidak terhad kepada ikan bawal sahaja kerana boleh diolah menggunakan pelbagai jenis ikan mengikut kesesuaian dan cita rasa masing-masing.

Bahan-bahan:

  • 2 ekor ikan bawal saiz sederhana (boleh dipotong tiga atau dibiarkan seekor, gaul lada putih dan goreng garing)
  • 1 ketul besar halia – potong halus
  • 7–8 ulas bawang putih – hiris nipis
  • 1 biji bawang besar kecil – hiris nipis
  • Daun bawang – potong memanjang
  • Cili merah – hiris halus memanjang
  • Minyak secukupnya

Bahan sos kicap:

(Anggaran, boleh diubah suai mengikut keseimbangan rasa)

  • 1 senduk kicap cair
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap biasa
  • 1 sudu besar lada sulah
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • 1 sudu besar fish sauce
  • 1 sudu kecil chicken stock atau serbuk cukup rasa
  • 2 sudu besar gula
  • Air secukupnya

Baca juga: Rahsia Perut Air Asam Jadi Lembut & Tak Hanyir, Kuah Pedas Masamnya Buat Tambah Nasi!

ikan bawal masak kicap

Gambar: Eny Abdullah

Cara penyediaan:

  1. Gaulkan ikan bawal bersama lada putih, kemudian goreng hingga garing dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan halia sehingga naik bau dan sedikit keperangan.
  3. Masukkan bawang besar, cili merah dan daun bawang, tumis ringkas sehingga layu.
  4. Campurkan semua bahan sos kicap dan masukkan air secukupnya. Kacau hingga sebati.
  5. Laraskan rasa manis dan masin. Boleh tambah kicap cair atau air jika perlu.
  6. Masukkan ikan bawal goreng, gaul perlahan supaya sos menyelaputi ikan.
  7. Tutup api selepas kuah sedikit pekat dan sedia dihidangkan.

Resipi ini sesuai dijadikan menu harian kerana tidak memerlukan bahan yang rumit, namun hasilnya tetap menyelerakan dan menepati cita rasa seisi keluarga.

Baca juga: Resipi Coconut Shake Viral Semudah 1 2 3, Lemak Berkrim Sama Macam Kedai!

Sumber: Facebook Resepi Eny Abdullah

FT Image: Resepi Eny Abdullah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×