Euforia Bola 2026
Rakyat

Cara Mohon Kad Fizikal Lesen Memandu & Kos Bayaran, Tak Perlu Kemukakan Bukti Penerbangan

kad fizikal lmm

Sebelum ini, permohonan kad fizikal LMM tertakluk kepada syarat mengemukakan bukti perjalanan ke luar negara seperti tiket penerbangan. Namun, bagi memudahkan urusan dan mengurangkan beban prosedur, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah diarahkan untuk memansuhkan keperluan tersebut.

Baca juga: Dilahirkan Tanpa Anak Mata (Iris), Adik Usia 8 Tahun Ini Tak Pernah Putus Asa Di Sekolah..Undang Sebak

CARA MOHON KAD FIZIKAL LMM & KADAR BAYARAN

KAD FIZIKAL LMM

Bermula 23 Januari 2026, orang ramai kini boleh memohon kad fizikal Lesen Memandu Malaysia (LMM) di semua kaunter JPJ dan UTC tanpa perlu mengemukakan bukti keluar negara.

Kadar bayaran ditetapkan sebanyak RM20 bagi warganegara Malaysia dan RM100 bagi bukan warganegara. Walau bagaimanapun, dasar sedia ada yang membenarkan pemberian kad fizikal LMM secara percuma kepada kumpulan tertentu akan diteruskan, melibatkan warga emas berumur 60 tahun ke atas, pemegang lesen kelas A1 dan A serta pemegang Kad Orang Kurang Upaya (OKU) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Bagi pemandu yang memilih untuk terus menggunakan LMM digital, akses kepada lesen memandu digital kekal percuma dan boleh diperbaharui melalui aplikasi MyJPJ tanpa perlu hadir ke mana-mana pejabat JPJ.

MOT dan JPJ menegaskan komitmen berterusan untuk meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan awam serta menggalakkan orang ramai memanfaatkan sepenuhnya kemudahan Lesen Memandu Digital demi pengalaman urusan yang lebih cekap, pantas dan efisien.

KAD FIZIKAL LMM

Freepik

Umum mengetahui, sejak pelaksanaan Lesen Memandu Malaysia (LMM) dalam bentuk digital oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) pada Februari 2023, penggunaan aplikasi MyJPJ menunjukkan peningkatan ketara apabila merekodkan lebih 13 juta pengguna setakat ini.

Perkembangan ini jelas mencerminkan tahap penerimaan masyarakat yang semakin tinggi terhadap usaha pendigitalan perkhidmatan kerajaan.

Peningkatan tersebut turut membuktikan orang ramai semakin selesa menggunakan kaedah digital yang lebih praktikal dan menjimatkan masa, termasuk proses pembaharuan lesen memandu yang kini boleh dilakukan sepenuhnya secara dalam talian melalui aplikasi MyJPJ tanpa kehadiran fizikal ke pejabat JPJ.

Baca juga: KPM Kaji Kemungkinan Pelajar Dibenarkan Ambil 2 Subjek Sahaja Untuk SPM, Fokus BM & Sejarah

Sumber: Kementerian Pengangkutan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×