Euforia Bola 2026
Sihat

7 Sebab Faraj Gatal Lepas Hubungan Intim Sampai Tak Senang Duduk, Ramai Alami Tapi Malu Nak Tanya!

faraj gatal

Isu faraj gatal selepas hubungan seks merupakan keadaan yang dialami ramai wanita namun jarang dibincangkan secara terbuka. Ada yang hanya rasa tidak selesa sementara, ada pula yang berterusan dan membuatkan aktiviti harian terganggu.

Selepas hubungan intim, tubuh anda terutama bahagian faraj akan melalui beberapa perubahan semula jadi akibat peningkatan aliran darah, geseran serta tindak balas fizikal yang lain. Kebanyakan perubahan ini bersifat sementara, tetapi kadang-kadang boleh menimbulkan rasa gatal dan ketidakselesaan yang sukar diabaikan.

Baca juga: Tak Sangka…Peluk & Rehat Atas Dada Suami Bantu Kurangkan Anxiety Secara Semula Jadi, Dapat Manja-Manja!

FARAJ GATAL SELEPAS SEKS

faraj gatal

Gambar hiasan: Freepik

Perubahan fizikal selepas seks

Selepas hubungan seks, faraj mengalami beberapa perubahan sementara seperti:

  • Aliran darah meningkat, menyebabkan sensasi sensitif atau rasa geli-geli
  • Sebelum dan selepas aktiviti seksual, tisu faraj dan vulva bengkak sedikit akibat rangsangan darah meningkat
  • Warna dan suhu faraj mungkin berubah sementara sebelum kembali normal
  • Saiz faraj turut kembali ke keadaan biasa selepas beberapa waktu

Perubahan ini sebahagian kecil daripada proses semula jadi tubuh yang berehat kembali selepas rangsangan seksual.

PUNCANYA KENAPA?

Rasa faraj gatal selepas hubungan seks boleh berlaku kerana beberapa sebab yang sering ditemui:

1. Iritasi akibat geseran atau kurang pelincir

  • Geseran berulang semasa hubungan seks boleh menyebabkan kulit faraj menjadi sensitif dan gatal.
  • Kurangnya pelincir boleh menyumbang kepada iritasi ini.
  • Menggunakan pelincir yang sesuai boleh membantu mengurangkan risiko ini.

2. Reaksi alahan terhadap produk

  • Sabun wangi, deterjen pada pakaian dalam, kondom atau pelincir mungkin mengandungi bahan yang menyebabkan alergi.
  • Ini boleh menjurus kepada rasa gatal atau ruam di sekitar faraj.

3. Kekeringan faraj

  • Kekeringan boleh berlaku akibat turun naik hormon, penggunaan ubat tertentu atau kurang rangsangan.
  • Keadaan ini boleh menyebabkan lapisan faraj menjadi sensitif, gatal dan kadang ada sedikit ketidakselesaan ketika atau selepas seks.

4. Jangkitan kulat (contohnya candidiasis)

  • Disebabkan pertumbuhan kulat Candida yang melebihi biasa, jangkitan ini boleh menyebabkan gatal, keputihan pekat dan kadangkala rasa sakit.

5. Ketidakseimbangan bakteria (bacterial vaginosis)

  • Bakteria faraj yang tidak seimbang dapat mencetuskan gatal serta perubahan bau dan warna keputihan.

Baca juga: Angkara Tak Masak Suami Lafaz Talak 3, Lepas Hakim Selidik Rupanya Isteri Kepenatan Urus Anak Autisme

faraj gatal

Gambar hiasan: Freepik

Tanda lain yang perlu diperhatikan

Selain faraj gatal, anda juga perlu memberi perhatian kepada gejala berikut kerana mungkin menunjukkan masalah yang lebih serius:

  • Bengkak atau kemerahan yang tidak hilang selepas beberapa hari
  • Keputihan berbau kuat atau berwarna hijau/kuning
  • Rasa terbakar atau sakit semasa kencing
  • Pendarahan luar biasa selepas hubungan seks
  • Rasa tidak selesa yang berterusan tanpa sebab jelas

Jika simptom ini berterusan, pemeriksaan oleh pakar kesihatan adalah sangat disarankan.

Langkah-langkah pencegahan dan penjagaan

Untuk membantu mengurangkan risiko faraj gatal selepas hubungan seks, anda boleh cuba:

  1. Gunakan pelincir yang sesuai semasa hubungan seks untuk mengurangkan geseran.
  2. Elakkan sabun/perapi wangi di kawasan faraj, gunakan air suam sahaja atau produk tanpa wangian yang dirumus untuk kawasan intim.
  3. Kemaskan kebersihan peribadi, tetapi elakkan douching kerana ia boleh mengganggu keseimbangan pH.
  4. Pakai pakaian dalam kapas yang membenarkan persekitaran faraj kekal kering dan kurang lembap.

Baca juga: Susah Cangkung & Mandi, Isteri Hamil Diceraikan Lepas Tolak Ajakan Bersama Suami…Netizen Ucap “Astaghfirullah!”

Sumber: Romper

FT Image: Freepik (1), (2)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×