Euforia Bola 2026
Dapur

Orang Dulu-Dulu Tak Guna Tepung Mentah Bila Buat Kek, Rupanya Guna Teknik Sangai Barulah Hasil ‘Premium’!

sangai tepung

Teknik sangai tepung mungkin kedengaran asing bagi generasi hari ini, namun menurut Chef Danial Hadi, kaedah tradisional inilah antara rahsia utama menghasilkan kek buah yang lebih sedap, tahan lama dan berkualiti tinggi. Menerusi satu perkongsian di Facebook, beliau menjelaskan perbezaan ketara antara tepung yang disangai dan tepung mentah.

Jelasnya, tepung yang melalui proses sangai sebenarnya telah “dimasak” terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam adunan, berbeza dengan tepung mentah yang terus digunakan tanpa sebarang rawatan haba.

Baca juga: Rahsia Perut Air Asam Jadi Lembut & Tak Hanyir, Kuah Pedas Masamnya Buat Tambah Nasi!

KELEBIHAN SANGAI TEPUNG DALAM PEMBUATAN KEK

sangai tepung

Gambar: Chef Danial Hadi

Ilmu orang dulu yang masih relevan

Menurut Chef Danial, orang terdahulu sangat menitikberatkan kualiti bahan asas. Mereka tidak terus menggunakan tepung mentah, sebaliknya menjemur tepung di bawah panas matahari selama beberapa hari sehingga benar-benar kering, demi memastikan kek dan biskut yang dihasilkan tahan lama serta berkualiti.

Hari ini, ilmu tersebut diteruskan melalui kaedah sangai atas api. Walaupun teknik berbeza, prinsipnya tetap sama iaitu memastikan tepung berada dalam keadaan terbaik sebelum digunakan.

4 SEBAB KENAPA TEPUNG PERLU DISANGAI

Chef Danial turut berkongsi empat sebab utama beliau mengamalkan teknik sangai tepung dalam penyediaan kek buah:

1. Menjadikan kek lebih tahan lama

Tepung yang telah dimasak melalui proses sangai membantu membunuh anasir tidak diingini akibat haba, sekali gus membolehkan kek tahan lebih lama walaupun tanpa bahan pengawet.

2. Tekstur kek lebih moist dan sedap

Tepung yang disangai menjadi lebih kering dan mampu menyerap jus buah, mentega serta kelembapan adunan dengan lebih maksimum. Hasilnya, kek lebih lembut, berjus dan berperisa.

3. Warna kek lebih cantik secara semula jadi

Warna keperangan yang terhasil datang daripada proses sangai itu sendiri, tanpa perlu menggunakan pewarna tiruan.

4. Rasa smokey dan struktur kek lebih ringan

Proses sangai di atas api memberikan sentuhan rasa smokey yang halus, selain menjadikan struktur tepung lebih ringan supaya buah dalam kek tidak mudah tenggelam ke dasar.

Baca juga: Resipi Coconut Shake Viral Semudah 1 2 3, Lemak Berkrim Sama Macam Kedai!

sangai tepung

Gambar hiasan: azerbaijan_stockers

Kesan kecil, hasil yang besar

Menurut Chef Danial, walaupun teknik sangai tepung kelihatan ringkas, kesannya sangat besar terhadap hasil akhir kek. Kek buah yang dijaga rapi proses penyediaannya akan menghasilkan rasa yang lebih berlapis, seimbang dan matang, bukan sekadar manis semata-mata.

Beliau turut menegaskan bahawa teknik ini bukan sekadar kaedah memasak, sebaliknya kesinambungan ilmu orang lama yang wajar dipelihara dan diperhalusi agar tidak hilang ditelan zaman.

Nota penting penggunaan tepung sangai

Untuk yang ingin mencuba teknik ini, berikut beberapa perkara penting yang dikongsikan:

1. Tepung sangai sesuai digunakan untuk:

  • Kek buah
  • Biskut
  • Baulu
  • Biskut suji

2. Tepung sangai boleh disediakan lebih awal dan disimpan dalam bekas kedap udara

3. Tepung wajib ditapis selepas disangai kerana ia akan berketul apabila terdedah kepada haba

Baca juga: Resipi Tofu Goreng Berlada Ringkas & Tak Muak, Makan Tanpa Nasi Pun Kenyang!

Sumber: Facebook Chef Danial Hadi

FT Image: Chef Danial Hadi / azerbaijan_stockers

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×