Euforia Bola 2026
Sihat

Jari Telunjuk Atau Jari Manis Lebih Panjang? Bukan Kebetulan, Rupanya Ada Maksud Menarik Menurut Sains

jari telunjuk

Cuba letakkan tangan anda di atas meja, rapatkan jari dan perhatikan dengan teliti. Antara jari telunjuk dan jari manis, yang manakah lebih panjang?

Perbezaan kecil ini sebenarnya bukan sekadar kebetulan, sebaliknya mempunyai kaitan dengan faktor biologi yang terbentuk sejak seseorang masih berada dalam kandungan ibu.

Baca juga: Ramai Tak Tahu, Pewarna Merah Dalam Makanan & Dessert Rupanya Bukan Dari Buah ‘Ori’ Tapi Parasit!

JARI TELUNJUK & JARI MANIS MANA LAGI PANJANG? INI MAKSUDNYA

JARI TELUNJUK

Freepik

Nisbah 2D:4D merujuk kepada perbandingan panjang jari telunjuk (digit 2) dan jari manis (digit 4). Kajian sains menunjukkan bahawa nisbah ini terbentuk sejak bayi masih dalam kandungan dan dipengaruhi oleh tahap pendedahan kepada hormon tertentu, terutamanya testosteron dan estrogen.

Nisbah ini memberikan satu “cetakan biru” awal yang sedikit sebanyak mencerminkan ciri-ciri fizikal, kemahiran, dan kecenderungan psikologi seseorang.

Secara umum, individu yang jari manisnya lebih panjang daripada jari telunjuk biasanya terdedah kepada hormon testosteron lebih tinggi ketika dalam kandungan. Kajian mendapati bahawa kategori ini lazimnya berlaku pada lelaki, dan dikaitkan dengan sifat fizikal yang lebih kuat, kemahiran ruang yang baik, serta kecenderungan untuk bersikap kompetitif.

Sebaliknya, individu yang jari telunjuknya sama panjang atau lebih panjang daripada jari manis menunjukkan pengaruh hormon Estrogen yang lebih tinggi. Fenomena ini lebih lazim dalam kalangan wanita. Orang yang tergolong dalam kategori ini sering dikaitkan dengan kemahiran komunikasi yang baik, daya ingatan yang kuat, empati yang tinggi dan sifat penyayang.

JARI TELUNJUK

Kredit: Public Health Malaysia

Penting untuk difahami bahawa nisbah jari bukan penentu mutlak terhadap kemampuan, personaliti atau nasib seseorang. Nisbah ini hanyalah satu petunjuk awal tentang pengaruh hormon semasa perkembangan janin, atau cetakan awal biologi seseorang.

Fenomena ini menunjukkan bagaimana aspek biologi yang kecil, seperti panjang jari, sebenarnya mempunyai kaitan dengan faktor perkembangan awal. Ia membuka perspektif menarik tentang bagaimana hormon dalam kandungan dapat memberi kesan jangka panjang kepada ciri fizikal dan psikologi individu.

Oleh itu, ketika anda melihat tangan sendiri hari ini, perhatikan antara jari telunjuk dan jari manis anda. Walaupun ia nampak remeh, kajian menunjukkan bahawa panjang jari boleh mendedahkan sedikit rahsia sains tentang diri anda, sekaligus menambah kefahaman kita terhadap tubuh dan sifat manusia dari perspektif biologi.

Baca juga: Nahas Ngeri Di Kulim Korbankan Bapa & Dua Orang Anak, Disahkan Meninggal Di Tempat Kejadian

Sumber: Facebook Public Health Malaysia & Personality Junkie

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×