Euforia Bola 2026
Sihat

Ramai Tak Tahu, Pewarna Merah Dalam Makanan & Dessert Rupanya Bukan Dari Buah ‘Ori’ Tapi Parasit!

pewarna merah

Perkongsian oleh Dr Rizal Abu Bakar ini menarik perhatian ramai apabila mendedahkan hakikat di sebalik pewarna merah yang sering digunakan dalam makanan dan minuman harian.

Menurut beliau, bahan berwarna merah terang yang sering disangka buah atau perisa semula jadi sebenarnya bukan berasal daripada tumbuhan. Sebaliknya, ia dihasilkan daripada sejenis serangga parasit yang dikenali sebagai cochineal.

Baca juga: Bawang Merah Tompok Hitam Tanda Ada Kulat, Kena Basuh Macam Ini Dulu Sebelum Nak Guna!

PEWARNA MERAH DALAM MAKANAN ADA PARASIT

PEWARNA MERAH

Freepik

Cochineal merupakan serangga kecil yang hidup pada tumbuhan tertentu dan telah lama digunakan dalam industri makanan sebagai sumber pewarna merah semula jadi yang dikenali sebagai carmine atau E120. Pewarna ini digunakan secara meluas kerana warnanya yang stabil, tahan lama dan kelihatan menarik.

Dr Rizal menjelaskan, makanan yang mengandungi pewarna merah berkemungkinan besar menggunakan carmine, termasuklah produk seperti kek red velvet, donut, kek cawan dengan lapisan aising merah, bijirin sarapan berwarna serta yogurt berperisa strawberi, raspberi dan blueberry.

Malah, perisa raspberi yang dirasai dalam sesetengah produk bukanlah datang daripada buah sebenar, sebaliknya daripada pewarna ini.

PEWARNA MERAH

Perkara yang lebih mengejutkan, menurut perkongsian tersebut, adalah jumlah serangga cochineal yang diperlukan untuk menghasilkan pewarna merah. Dianggarkan sekitar 40,000 serangga cochineal diperlukan bagi menghasilkan kira-kira 450 gram pewarna carmine.

Walaupun carmine dibenarkan penggunaannya dalam industri makanan di banyak negara dan dianggap selamat mengikut piawaian tertentu, pendedahan ini membuka mata pengguna tentang asal-usul sebenar bahan yang digunakan dalam makanan harian.

Ia juga menjadi peringatan kepada ibu bapa agar lebih peka terhadap label ramuan, khususnya produk yang diberikan kepada kanak-kanak.

Perkongsian ini bukan bertujuan menakutkan, sebaliknya menggalakkan pengguna untuk lebih berpengetahuan, membuat pilihan secara sedar dan memahami apa yang terkandung dalam makanan yang diambil setiap hari.

Baca juga: Ibu Buat Puding Ikan Koi & Itik Dengan Anak, Hasil Terlalu Cantik Buat Ramai Terpegun!

Sumber: Facebook DrRizal Abu Bakar

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×