Seorang ibu tidak menyangka kunjungan ke sebuah indoor playground yang kelihatan bersih dan selesa boleh membawa risiko jangkitan Virus Impetigo apabila anak perempuannya disahkan mengalami masalah kulit sejurus pulang dari lokasi berkenaan.
Menurut perkongsian wanita itu di Threads, kegembiraan membawa anak bermain di premis tersebut bertukar menjadi pengalaman menakutkan.
Baca juga: Risiko Koma! Doktor Kongsi Tindakan Pantas Boleh Ambil Jika Anak Tertelan ‘Hand Sanitizer’
ANAK TRAUMA ALAMI VIRUS IMPETIGO SELEPAS BERMAIN DI INDOOR PLAYGROUND

Gambar: Perkongsian ibu tersebut akan keadaan wajah anaknya selepas bermain di indoor playgorund.
Menurut wanita tersebut, beberapa bahagian kulit anaknya mengalami kemerahan dan kering, termasuk kesan melepuh di belakang leher yang menyebabkan kanak-kanak itu trauma.
Apa itu Impetigo?
Impetigo atau lebih dikenali sebagai kudis api merupakan jangkitan kulit yang disebabkan oleh bakteria Staphylococcus aureus. Ia berbeza daripada kudis buta dan mudah menjangkiti bayi serta kanak-kanak.
Ciri-ciri jangkitan impetigo termasuk:
- Bermula dengan tompok kemerahan pada kulit
- Menjadi kudis sebelum pecah
- Membentuk keruping lembap berwarna kekuningan

Gambar: Perkongsian ibu tersebut akan bahagian kepala anaknya selepas bermain di indoor playgorund.
Kemudiannya, ibu berkenaan menekankan kepentingan kebersihan di indoor playground. Beberapa langkah yang dicadangkan untuk pemilik premis termasuk:
- Menjalankan sanitasi menyeluruh di seluruh kawasan permainan
- Memastikan peralatan permainan bersih dan bebas bakteria
- Memantau kebersihan bilik mandi dan kawasan berkaitan air
- Menggalakkan ibu bapa dan kanak-kanak basuh tangan sebelum dan selepas bermain
Langkah-langkah ini bukan sahaja membantu mencegah jangkitan impetigo, tetapi juga memastikan pengalaman bermain kanak-kanak lebih selamat.
Perkongsian ini menjadi pengajaran kepada ibu bapa agar sentiasa memantau keadaan anak selepas bermain di kawasan awam, walaupun lokasi kelihatan bersih dan berhawa dingin.
Peringatan!
Virus Impetigo mudah merebak. Sebagai langkah keselamatan, segera rujuk doktor sekiranya anak menunjukkan tanda jangkitan kulit. Kebersihan dan pemeriksaan awal dapat mengelakkan komplikasi lebih serius.
Baca juga: Beg Sekolah Anak Selalu Bersepah? Cuba 6 Idea Susun Atur Ini, ‘Confirm’ Setiap Pagi Tak Kelam-Kabut!
Sumber: Threads @juniframita / Hello Doktor
FT Image: Threads @juniframita
