Euforia Bola 2026
DIY & Kraf

“Tak Payah Jadi Tukang Jahit Dah…” – Ibu Kongsi Cara Tampal Lencana Sekolah Anak, Setahun Tetap Melekat

tampal lencana sekolah

Tampal lencana sekolah menjadi pilihan seorang ibu, Razmuni Ramli, yang berkongsi pengalamannya tidak lagi perlu menjadi tukang jahit setiap kali musim persekolahan bermula selepas menemui cara lebih mudah dan praktikal.

Menurutnya, sebelum ini dia akan menjahit lencana sekolah setiap tahun namun proses tersebut bukan sahaja memakan masa, malah memerlukan ketelitian tinggi bagi memastikan jahitan kelihatan kemas dan cantik.

Baca juga: Tompokan Air Di Siling Rumah Boleh Jadi Bahaya, Ini Cara Nak Hilangkan Sebelum Terlambat!

IBU KONGSI CARA MUDAH TAMPAL LENCANA SEKOLAH ANAK

tampal lencana sekolah

Namun, pada tahun lalu, beliau mengambil keputusan untuk mencuba kaedah lain dengan menampal lencana menggunakan gam sebelum digosok dengan seterika. Pada mulanya, beliau mengakui tidak begitu yakin walaupun ramai yang sudah berkongsi tentang cara tersebut.

Hasilnya ternyata di luar jangkaan. Lencana yang ditampal kekal melekat dengan baik sepanjang tahun, walaupun baju sekolah anaknya direndam dan dibasuh setiap hari.

Melihat keberkesanan kaedah tersebut, Razmuni memutuskan untuk meneruskannya pada tahun ini kerana ia lebih mudah, cepat dan menjimatkan masa.

“Tak jadi tukang jahit dah. Sebelum ini setiap tahun jadi tukang jahit. Jenuh juga nak menjahitnya supaya nak bagi nampak kemas dan lawa. Jadi, buat eksperimen tahun lepas kita tampal sahaja. Letak gam pastu iron kan.

“Sebelum itu memang rasa tak yakin walau ramai yang dah kongsi. Tapi tak cuba tak tahu kan. Setahun melekat elok walau baju setiap hari saya rendam. Tahun ini kita teruskan. Buat apa susah-susah kalau cara mudah dah ada,” jelasnya.

Perkongsian ini nyata memberi idea kepada ibu bapa lain yang mencari alternatif praktikal tanpa perlu menjahit, sekali gus memudahkan urusan persiapan sekolah anak-anak.

Baca juga: Ibu Buntu Baju Sekolah Anak Cepat Lebam, Rupanya Ini 8 Rahsia Putihkan Semula Macam Baru!

Sumber: Facebook Razmuni Ramli

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×