Euforia Bola 2026
Percutian

Tiket Tren MySawasdee 2026 Pergi Hatyai Dah Dibuka, Boleh Mula Beli Dari Sekarang Sebelum Sold Out!

MYSAWASDEE TAHUN 2026

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) telah mengumumkan jadual perjalanan MySawasdee tahun 2026, perkhidmatan tren sewa popular yang menghubungkan KL Sentral, Kuala Lumpur dengan Hat Yai, Thailand.

Beroperasi pada hujung minggu dan cuti terpilih sepanjang tahun, tren MySawasdee tahun 2026 menawarkan pengalaman perjalanan merentas sempadan yang mudah dan pemandangan indah bagi mereka yang ingin melancong ke utara Thailand.

Baca juga: Ini 5 Lapangan Terbang Paling Kecut Perut, Juruterbang Pun Tak Senang Duduk Bila Nak ‘Landing’!

TIKET MYSAWASDEE TAHUN 2026 DIBUKA, BOLEH MULA TEMPAH

MYSAWASDEE TAHUN 2026

Tiket Tren MySawasdee dari KL Sentral ke Hat Yai bagi perjalanan 2026 kini dibuka untuk jualan! Tambang bermula dari hanya RM95 sehala.

Tarikh perjalanan 2026, berlepas dari KL Sentral:

  • 30 Jan, 27 Mac, 10 Apr, 15 Mei
  • 21 Ogos, 25 Sep, 23 Okt, 30 Okt
  • 13 Nov, 26 Nov, 11 Dis, 17 Dis, 31 Dis

Pulang dari Hat Yai:

  • 2 Feb, 30 Mac, 13 Apr, 18 Mei
  • 24 Ogos, 28 Sep, 26 Okt, 2 Nov
  • 16 Nov, 29 Nov, 14 Dis, 20 Dis, 3 Jan 2027

Harga tiket (sehala):

  • Tempat duduk: RM95
  • Katil atas: RM109
  • Katil bawah: RM119

MYSAWASDEE TAHUN 2026

Masa perjalanan:

– Dari KL Sentral: Bertolak 10:30 PM, tiba di Hat Yai 8:50 AM

– Dari Hat Yai: Bertolak 10:20 AM, tiba di KL Sentral 11:15 PM

Stesen persinggahan:

  • KL Sentral
  • Sungai Buloh
  • Ipoh
  • Taiping
  • Padang Besar
  • Hat Yai

Rancang percutian anda ke Hat Yai sekarang dan tempah tiket melalui link ini, aplikasi KITS Style atau kios tiket KTMB.

Rancang percutian anda ke Hat Yai lebih awal dan nikmati pengalaman perjalanan merentas sempadan yang lancar bersama perkhidmatan tren MySawasdee 2026 daripada KTMB.

Baca juga: Che Nom Diusir Dari Kafe Di Switzerland, Anak Dengan Sindrom Motor Tick Jadi Punca.. “Pemilik Kafe Ingat Dia Demam”

Sumber: Facebook KTM Berhad

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×