Euforia Bola 2026
Dapur

Resipi Tofu Goreng Berlada Ringkas & Tak Muak, Makan Tanpa Nasi Pun Kenyang!

tofu goreng berlada

Menu ringkas sering menjadi pilihan apabila tenaga terhad atau tidak mahu memasak sesuatu yang terlalu rumit, dan tofu goreng berlada antara hidangan yang sesuai untuk situasi tersebut. Resipi ini bukan sahaja mudah disediakan, malah mengenyangkan walaupun tanpa nasi.

Jom ikut resipi dikongsikan Wan N Wan M di bawah!

Baca juga: Pulut Kuning Cepat Basi? Rupanya Ini Teknik Mudah Buat Pulut Tahan Lama & Kekal Lembut

RESIPI TOFU GORENG BERLADA

tofu goreng berlada

Gambar: Wan N Wan M

Menurut Wan N, hidangan ini menggunakan tofu telur yang digoreng rangup sebelum disalut dengan tumisan berlada yang ringkas. Gabungan rasa pedas manis serta aroma bawang putih menjadikan menu ini sesuai untuk makan tengah hari atau malam, termasuk bagi mereka yang sedang mengawal pemakanan.

Selain ringkas, resipi ini juga fleksibel kerana tahap kepedasan boleh dilaraskan mengikut citarasa masing-masing. Bagi yang tidak terlalu gemar pedas, penggunaan tepung goreng biasa juga sudah mencukupi untuk menghasilkan tekstur tofu yang rangup.

Baca juga: 15 Makanan Ini Tak Payah Panaskan Bila Simpan Dalam Peti Sejuk, Boleh Terus Makan Lebih Sedap!

Bahan-bahan:

  • Tofu telur – 3 hingga 4 tiub
  • Tepung goreng pedas – secukupnya
  • Daun bawang – 2 hingga 3 batang
  • Bawang putih – 5 hingga 6 ulas (dicincang halus)
  • Cili flakes – 1 sudu besar
  • Sos tiram – 1 sudu besar
  • Kicap manis – 4 sudu besar
  • Kicap masin – 1 sudu besar
  • Gula – 1 sudu kecil
  • Serbuk pati ayam – ¼ sudu kecil
tofu goreng berlada

Gambar: Wan N Wan M

Cara penyediaan:

  1. Hiris daun bawang dan asingkan bahagian putih untuk ditumis terlebih dahulu.
  2. Potong tofu telur mengikut saiz sederhana, kira-kira 10 keping bagi setiap tiub.
  3. Sediakan dua bekas tepung: satu bancuhan cair dan satu tepung kering.
  4. Celup tofu ke dalam bancuhan tepung cair, kemudian salutkan dengan tepung kering.
  5. Panaskan minyak secukupnya dan goreng tofu hingga keemasan. Angkat dan ketepikan.
  6. Tumis bawang putih bersama bahagian putih daun bawang hingga wangi.
  7. Masukkan cili flakes, sos tiram, gula, kicap manis, kicap masin dan serbuk pati ayam. Kacau sebati.
  8. Masukkan tofu goreng dan gaul hingga bersalut rata.
  9. Tambahkan baki daun bawang, gaul seketika dan tutup api.

Tofu goreng berlada ini boleh dinikmati begitu sahaja tanpa nasi dan tetap mengenyangkan. Ia sesuai dijadikan menu ringkas harian, terutama bagi yang mahukan hidangan cepat tetapi masih sedap dan seimbang.

Baca juga: Jangan Terkejut! Kapur Makan Boleh Rangupkan Gorengan & Banyak Kegunaan Lain Dalam Masakan

Sumber: Wan N Wan M

FT Image: Wan N Wan M

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×