Puteri sulung pasangan Dato’ Sri Aliff Syukri dan Datin Sri Nur Shahida, Qadejah El Zahra, dilihat menasihati adik-adiknya dengan tegas dan bijak telah meraih perhatian ramai.
Biarpun masih remaja, Qadejah menunjukkan bahawa usia muda bukan pengukur untuk tidak membantu ibu bapanya membimbing adik-adiknya memahami batas dan adab.
Baca juga: Risiko Koma! Doktor Kongsi Tindakan Pantas Boleh Ambil Jika Anak Tertelan ‘Hand Sanitizer’
QADEJAH EL ZAHRA TEGAS TENTANG BATAS SENTUHAN

Dalam satu video yang dikongsikan di Threads oleh @tunafzanandrha, Qadejah dilihat mengajar adik-adiknya batas sentuhan dengan cara yang tegas tetapi penuh kasih sayang.
“Ces (nama manja) ini memang kakak yang terbaik. Dia bantu mama dan abah dia explain batas adik-adik dia dengan orang lain. Kanak-kanak walaupun dorang belum paham masa kecil ini lah paling sesuai, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Otak mereka akan cepat belajar dan ingat,” kongsinya.
Sementara itu, adik-adik Qadijah dilihat fokus dan mendengar dengan baik akan nasihat yang diberikan berkaitan sentuhan dengan bukan mahram.
Baca juga: JPN Keluarkan Garis Panduan Terkini Elak Nama Anak Ditolak, Mama Papa Perlu Faham 3 Kategori Ini!

Sikap Qadijah ini turut mendapat pujian warga maya. Ramai yang menyanjung cara bijaknya menasihati adik-adiknya, menganggap ia sangat relevan di zaman kini yang penuh cabaran.
Mereka menekankan bahawa didikan yang diterima daripada ibu bapa sangat berkesan dan memuji kesungguhan Qadejah dalam membimbing adik-adik kecilnya.
Sikap penyayang dan bertanggungjawab ini nyata memberi inspirasi, sekali gus menarik pujian daripada umum.
VIDEO PENUH
Sumber: Threads @tunafzanandrha
FT Image: Instagram qadejah_terlajaklaris / Threads @tunafzanandrha
