Euforia Bola 2026
Famili

Hanya Memiliki Berat 15KG, Pelajar Usia 19 Tahun Semangat Ke Sekolah Walau Bertubuh Kecil…

TUBUH KECIL

Kehadiran seorang remaja perempuan yang memiliki tubuh kecil dengan anggaran berat hanya sekitar 15 kilogram di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pulau Beluru Komprehensif 11 (K11) menarik perhatian warga sekolah.

Pelajar berkenaan, Siti Nor Najwa Zulkaifli, 19, mengikuti Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dan dilahirkan dengan kecacatan fizikal melibatkan pertumbuhan tulang yang tidak normal, menyebabkan saiz badannya kekal seperti kanak-kanak.

Baca juga: Jangan Suka-Suka Letak Sahaja! Ini 7 Jenis Pokok Yang Sesuai & Selalu Ditanam Di Sekeliling Kubur..

PELAJAR TUBUH KECIL SEMANGAT KE SEKOLAH NAIK BOT

TUBUH KECIL

Kredit: Harian Metro

Ibu Najwa, Siti Rasyidah Mamat, 49, memaklumkan anak keduanya daripada lima beradik itu menunjukkan keterujaan luar biasa untuk kembali ke sekolah apabila bangun seawal pagi bagi membuat persiapan.

“Najwa hanya perlu kasut sekolah yang baharu kerana pakaian seragam lamanya masih muat dipakai memandangkan fizikalnya tidak banyak berubah.

“Pagi tadi dia kelihatan teruja bersiap sebelum saya menghantarnya ke sekolah bersama adiknya, Muhammad Rizqi, 7, dengan menaiki bot penambang,” jelasnya.

Menurut Siti Rasyidah, dengan ketinggian sekitar 0.9 meter, penampilan Najwa sering mencuri perhatian orang ramai walaupun berpakaian seragam sekolah menengah.

Jelasnya, keadaan kesihatan Najwa membataskan pergerakan remaja itu, termasuk tidak dibenarkan melakukan aktiviti lasak kerana mudah mengalami sesak nafas serta perlu ditemani guru sekiranya ingin ke tandas.

“Dalam tempoh seminggu, ada kalanya Najwa tidak dapat hadir ke sekolah satu atau dua hari kerana faktor kesihatan.

“Dia juga tidak menetap di asrama dan perlu berulang-alik dari rumah kami di Pulau Tongkang dengan menggunakan bot penambang,” katanya.

Tambah Siti Rasyidah, seorang lagi anaknya, Muhammad Idham yang turut menghidap penyakit sama, meninggal dunia pada 2021 ketika berusia 10 tahun. Menurutnya, tahun ini merupakan tahun terakhir Najwa meneruskan persekolahan.

Baca juga: Pakai Topeng ‘Neb’ Yang Rupanya Dah Tiada Oksigen Punca Anak 4 Tahun Pergi Selamanya, Otak Rosak Teruk…

Sumber: Harian Metro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×