Euforia Bola 2026
Didik

Program Munsyi Muda & 100 Kelas Pendidikan Khas Dibuka, Ini Antara Pengumuman Fadhlina Sidek Dapat Perhatian!

amanat tahun baru 2026

Amanat Tahun Baru 2026 daripada Yang Berhormat Puan Fadhlina Sidek selaku Menteri Pendidikan, menekankan pelbagai inisiatif untuk memperkukuh sistem pendidikan negara, meningkatkan keselamatan kanak-kanak dan memperluas capaian pendidikan berkualiti kepada semua lapisan masyarakat.

Dalam ucapan beliau, beberapa pengumuman penting telah dibuat untuk tahun 2026 dan 2027, termasuk pembukaan kelas pendidikan khas baharu, Program Munsyi Muda, penggunaan teknologi pintar, geran serta bantuan kepada pelajar dan guru.

Baca juga: Standard Pengiktirafan Tahfiz Malaysia (SPTM) Mulai 2026, Tahfiz Cemerlang Terima Insentif RM50,000!

AMANAT TAHUN BARU 2026 OLEH YB MENTERI PENDIDIKAN

amanat tahun baru 2026

Yang Berhormat Puan Fadhlina Sidek.

Pendidikan Inklusif & Pendidikan Khas

Antara pengumuman yang mendapat perhatian ialah peluasan akses kepada pendidikan khas. KPM mengumumkan:

  • 100 kelas pendidikan khas akan dibuka pada tahun 2026.
  • 100 lagi kelas pendidikan khas akan menyusul pada tahun 2027.
  • Langkah ini dilihat sebagai usaha memperkukuh sokongan kepada murid berkeperluan khas agar mereka tidak tercicir dalam sistem pendidikan arus perdana.

Selain itu, KPM turut menyediakan Peranti Braille secara percuma kepada semua murid OKU penglihatan di Sekolah Pendidikan Khas bagi memastikan pembelajaran lebih efektif dan inklusif.

Penambahan Guru, Pembantu Guru & Infrastruktur Sekolah

Bagi mengurangkan beban tugas guru serta meningkatkan kualiti pengajaran, beberapa langkah besar turut diumumkan:

  • Setiap kelas kini mempunyai guru dengan pelantikan 52,948 orang guru, kadar pengisian mencecah 98%, tertinggi dalam hampir sedekad.
  • 1,470 pembantu guru akan dilantik secara berperingkat pada tahun ini dan 2027, dengan 564 orang pada tahun ini.
  • 562 pembantu guru turut dilantik bagi membantu pengurusan harian sekolah.
  • Tambahan 600 MySTEP Pembantu Warden Asrama bagi menyokong pengurusan asrama sekolah.

Dari sudut prasarana, KPM memaklumkan:

  • 17 sekolah baharu akan beroperasi tahun ini, 2 sekolah rendah dan 15 menengah
  • 50 sekolah daif akan dibaiki, dinaik taraf dan dipulihkan tahun ini.

Prasekolah Diperluas, Ringankan Beban Ibu Bapa

KPM turut memperluaskan perkhidmatan prasekolah bagi mengurangkan beban ibu bapa, apabila:

  • Prasekolah terdapat di sekolah rendah, menengah, Kolej Vokasional dan Institut Pendidikan Guru (IPG).
  • 350 kelas prasekolah tambahan pada tahun ini, termasuk 8 di Kolej Matrikulasi.
  • 150 buah prasekolah lagi akan ditambah pada tahun 2027.

Pendigitalan Sekolah & Penggunaan AI Dalam Bilik Darjah

Dalam usaha mendepani cabaran era digital, KPM mengumumkan:

  • 800 sekolah akan melaksanakan bilik darjah berasaskan Kecerdasan Buatan (AI).
  • 1,801 sekolah akan dilengkapi dengan kemudahan makmal komputer.
  • 333 sekolah berasrama harian akan dipasang kamera litar tertutup (CCTV).
  • Semua Kolej Tingkatan Enam akan menerima papan pintar (smart board) secara berperingkat pada 2026 dan 2027.

Baca juga: TV TUISYEN Revolusi Pembelajaran Digital Kini Dilancarkan Di Tonton! “Belajar di Tonton, Bijak Sampai Lulus!”

amanat tahun baru 2026

Pelajar Tingkatan Enam & TVET Turut Diberi Perhatian

Beberapa inisiatif khusus turut diperkenalkan untuk pelajar peringkat menengah atas dan teknikal:

  • Sumbangan RM50,000 secara one-off kepada Jawatankuasa Perwakilan Tingkatan Enam bagi pelaksanaan program pembangunan pelajar.
  • 5 Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dilantik sebagai Sekolah High TVET AI dengan kerjasama Huawei dan Universiti Multimedia.
  • 9 Sekolah Teknik dijadikan Sekolah Angkat Yayasan Didik Negara (YDN) bagi pengukuhan kemahiran AI dan pendidikan digital.

Bahasa, Budaya & Pembinaan Jati Diri Pelajar

KPM turut memberi penekanan kepada bahasa dan kebudayaan melalui beberapa inisiatif penting:

  • Pentauliahan Munsyi Dewan akan dilaksanakan dalam kalangan guru Bahasa Melayu di Institut Pendidikan Guru.
  • 15 sekolah dilantik sebagai Sekolah Angkat DBP bagi menyemai rasa bangga terhadap bahasa.
  • Program Munsyi Muda diperkenalkan untuk pelajar Tingkatan Empat hingga Tingkatan Enam di SMKA, SBP dan Tingkatan Enam.
  • Pertandingan Pidato Diraja khas untuk pelajar Tingkatan Enam.
  • Kelas Bahasa Ketiga diperluaskan merangkumi Mandarin, Tamil, Perancis, Korea dan Arab.
  • Hadiah Tokoh Penterjemahan Negara diperkenalkan sebagai pengiktirafan kepada usaha terjemahan berkualiti.
  • RM250,000 peruntukan bagi Program Silang Budaya melalui DBP.
  • RM250,000 geran untuk Program Dekad Membaca Kebangsaan.
  • Karya Sasterawan Negara akan ditempatkan di sekolah-sekolah seluruh negara dalam pelbagai bentuk.

Bantuan Kewangan & Sokongan Murid

Bagi memastikan kebajikan murid terus terpelihara, KPM mengumumkan:

  • RM1 juta Geran Peralatan Sekolah untuk keperluan dan kelengkapan asas sekolah.
  • RM1 juta Geran Alat Bantu Mengajar bagi menyokong proses pengajaran dan pembelajaran.
  • RM250,000 untuk Dekad Membaca Kebangsaan.
  • RM500,000 melalui Yayasan Guru Tun Hussein Onn, bantuan pendidikan untuk anak-anak asnaf.
  • Murid B40 terpilih di Perak, Perlis, Kedah dan Pulau Pinang akan menerima 10 buku tulis percuma, melibatkan 40 murid setiap sekolah.
  • 500 pelajar B40 akan menyertai Kem Kepimpinan Bahasa Inggeris di luar negara.
  • 200 kanak-kanak Penan di Belaga, Sarawak terlibat dalam Program Khas Pendidikan Manusiawi bagi mengelakkan keciciran pendidikan.

Mengakhiri amanat, KPM memaklumkan bahawa Pelan Pembangunan Pendidikan Baharu akan dilancarkan secara rasmi pada 26 Januari 2026, sebagai panduan hala tuju pendidikan negara bagi fasa seterusnya.

Baca juga: Guru Posting Di Kawasan Pedalaman Jangan Putus Asa, Cikgu Otai Kongsi Tip ‘Survive’ Di Sana

Sumber: YouTube @EduwebTVkpm

FT Image: YouTube @EduwebTVkpm / BERNAMA

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×