Definisi kesejahteraan di rumah memang tak sama untuk semua orang. Ada yang rasa bahagia bila dapur kemas, ada yang rasa tenang bila udara dalam rumah selesa dan ada juga yang cuma nak urusan harian jadi lebih mudah, tanpa perlu fikir banyak.
Itulah antara topik yang dibincangkan dalam episod podcast “Coway Made For Me: Perubahan Kecil Dari Rumah”, apabila hos SirapLimau, Farah Adibah, berbual bersama suri rumah dan lifestyle creator, Reen, sambil membaca dan mengulas testimoni sebenar daripada pelanggan Coway di Malaysia.
Tonton video penuh untuk dengar reaksi spontan Reen terhadap setiap testimoni pelanggan.
View this post on Instagram
“Hosting tetamu jadi lebih mudah & tak kelam-kabut”

Salah satu testimoni yang dikongsikan dalam podcast ini datang daripada pelanggan yang merasakan Coway Dazzie benar-benar memudahkan urusan melayan tetamu di rumah.
Menurut pelanggan tersebut, air panas, sejuk dan suhu bilik sentiasa tersedia, hanya tekan butang dan minuman boleh disediakan dalam beberapa saat.
Apabila membaca testimoni ini, Reen mengakui perubahan kecil seperti ini sebenarnya memberi kesan besar dalam rutin harian, terutamanya bila melibatkan tetamu dan keluarga. Yelah, takdelah nak kena susah payah untuk jerang air panas dan tetamu pun tak menunggu lama.
“Satu appliance je dah boleh merubah look keseluruhan dapur kita”

Testimoni seterusnya pula menyentuh tentang rupa dapur yang jadi lebih kemas dan moden selepas menukar kettle kepada water purifier.
Reen bersetuju bahawa kadangkala, satu peralatan sahaja sudah cukup untuk mengubah keseluruhan ‘look’ dapur.
Sebagai seseorang yang pernah melalui proses renovasi dapur, Reen turut berkongsi pandangannya tentang pemilihan jubin, warna kabinet dan pencahayaan dan bagaimana peralatan yang ‘blend in’ dengan rekaan dapur boleh menjadikan ruang itu nampak lebih cohesive dan estetik.
“Rumah baru, udara terus rasa lebih selesa”

Dalam satu lagi testimoni, seorang pelanggan Coway berkongsi pengalaman selepas berpindah ke rumah baru, di mana udara dalam rumah terasa lebih “ringan” dan tidak lagi berbau simen atau perabot baru selepas memasang air purifier.
Reen menjelaskan bahawa perkara ini sangat biasa berlaku, terutama di rumah baru yang masih penuh dengan habuk halus dan bau bahan binaan.
“Dalam keadaan macam ni, udara yang selesa boleh buat kita rasa lebih tenang, walaupun rumah belum sempat dikemas sepenuhnya,” katanya dalam perbualan tersebut.
“Kurang habuk, kurang kerja mengemas”

Satu testimoni yang menarik perhatian ialah kisah pelanggan yang membeli air purifier untuk masalah bulu haiwan peliharaan tetapi akhirnya mendapati seluruh rumah jadi kurang berhabuk.
Reen mengakui ramai yang tak sedar kesan ini pada awalnya, sehinggalah mereka sendiri rasa rumah jadi lebih mudah dijaga.
“Bila kurang habuk, kerja mengemas pun jadi ringan. Itu sebenarnya satu bentuk keselesaan juga,” kongsinya.
“Keselesaan bermula dari rumah”
Melalui testimoni pelanggan dan reaksi Reen dalam episod ini, jelas bahawa kesejahteraan di rumah bukan hanya tentang apa yang kita nampak tetapi juga tentang apa yang kita rasa dan hirup setiap hari.
Air dan udara yang bersih memainkan peranan penting dalam menyokong kehidupan harian yang lebih selesa untuk rakyat Malaysia, dan sebab itulah kisah-kisah sebenar ini begitu dekat dengan realiti ramai orang.
Jadi, jangan lupa tonton video penuh “Coway Made For Me: Perubahan Kecil Dari Rumah” dan ketahui lebih lanjut mengenai Coway Made For Me di sini.
