Euforia Bola 2026
Famili

Bermula Tahun Hadapan, Pelajar Tidak Diwajibkan Memakai Tali Leher – KPM

tali leher

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memutuskan bahawa pemakaian tali leher bukan lagi satu keperluan wajib bagi murid sekolah bermula tahun hadapan.

Perkara itu dimaklumkan menerusi satu surat siaran rasmi bertarikh 17 Disember, susulan keputusan yang dibuat dalam Mesyuarat Profesional Khas KPM 2025 yang diadakan pada 8 Disember lalu.

Baca juga: Harga Emas Cecah RM645.85 Segram Hari Ini, Capai Paras Tertinggi & Pecah Rekod!

MURID TAK WAJIB PAKAI TALI LEHER BERMULA TAHUN HADAPAN

TALI LEHER

Kredit: Kosmo

“Mesyuarat Profesional Kementerian Pendidikan (MPKPM) Khas Tahun 2025 pada 08 Disember 2025 telah memutuskan bahawa semua murid tidak diwajibkan memakai tali leher ke sekolah mulai tahun 2026.

Walau bagaimanapun, pemakaian tali leher masih dibenarkan berdasarkan keputusan permuafakatan pihak sekolah
dengan ibu bapa. KPM menegaskan bahawa tiada pihak dibenarkan membuat sebarang paksaan atau tekanan terhadap murid berkaitan pemakaian tali leher ini,” jelasnya.

Menurut KPM, keputusan itu diambil selepas mengambil kira keperluan semasa murid serta kebajikan ibu bapa, khususnya dalam menyediakan kelengkapan persekolahan menjelang sesi baharu.

Antara faktor yang dipertimbangkan termasuk keadaan iklim tempatan yang panas dan lembap, yang menjadikan pemakaian tali leher setiap hari kurang praktikal serta boleh menjejaskan keselesaan murid.

TALI LEHER

Selain itu, dasar tersebut juga selari dengan keprihatinan KPM dalam mengurangkan beban kewangan isi rumah, seperti yang dinyatakan dalam surat rasmi yang dimuat naik di laman web kementerian.

Bagi memudahkan ibu bapa dalam memenuhi keperluan tersebut, dasar ini diputuskan hasil penelitian terhadap keperluan semasa murid berdasarkan faktor seperti realiti iklim tempatan yang panas dan lembap menyebabkan pemakaian tali leher setiap hari kurang sesuai.

Baca juga: [TERKINI] Dividen ASB Tahun 2025 Kekal 5.75 Sen Seunit, Manfaat 11.4 Juta Pemegang Unit

Sumber: KPM

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×