Kapur makan atau kapur sirih bukan sekadar bahan kimia kecil dalam dapur, tetapi mempunyai pelbagai fungsi dalam masakan dan pembuatan kuih-muih.
Selain membantu menghasilkan tekstur rangup, kapur makan juga mempengaruhi warna dan rasa, menjadikannya bahan penting terutama bagi resipi tradisional Melayu.
Baca juga: Wanita Kongsi Cara Goreng Kerepek Peria Agar Rangup Sepanjang Hari & Juga Rasanya Kurang Pahit!
KEGUNAAN DAPUR MAKAN DALAM MASAKAN & KUIH-MUIH
1. Merangupkan dan mengeraskan bahan tepung
- Sesuai untuk bahan berasaskan tepung yang digoreng dalam minyak banyak, contohnya bancuhan tepung goreng pisang atau keledek.
- Bancuhan asas: 3 bahagian tepung beras + 1 bahagian tepung gandum + sesudu teh air kapur.
- Tambah sedikit kunyit untuk mendapatkan bancuhan berwarna kemerahan.
2. Melekangkan bancuhan tepung
- Kapur makan membantu bancuhan seperti kuih dadar, lempeng atau roti jala mudah dikeluarkan dari kuali.
- Tekstur lebih elastik dan tidak melekat, menjadikan penyediaan lebih lancar.
3. Menyedapkan sesetengah kuih
- Sesuai digunakan dalam kuih kosui, lompang dan kuih tradisional lain.
- Memberi rasa yang lembut dan tekstur yang diingini tanpa mengubah rasa asal kuih.
4. Merahkan warna makanan secara semula jadi
- Bila dicampur dengan kunyit, kapur makan menghasilkan warna merah asli.
- Contohnya: merendam pulut dengan kunyit hidup dan kapur, warna kunyit meresap sekata, kapur tidak terasa langsung.
- Fenomena ini dikenali melalui bidalan Melayu: “macam kapur dengan kunyit”, kerana gabungan keduanya memberikan kesan warna segera.
Baca juga: Resipi Sup Kicap ‘Signature Dish’ Orang Pekan, Setiap Kenduri Mesti Ada Lauk Legend Ini!
TIPS MENGGUNAKAN KAPUR MAKAN

Gambar hiasan: Utusan TV
- Gunakan sedikit sahaja, kerana terlalu banyak boleh memberi rasa pahit atau keras berlebihan.
- Sesuai digabung dengan bahan tepung beras dan tepung gandum untuk gorengan atau kuih tradisional.
- Sentiasa bancuh kapur dengan air dahulu sebelum dicampur ke dalam bahan tepung untuk pengagihan lebih rata.
Baca juga: Telur Rebus Pun Boleh ‘Expired’? Pakar Kongsi Tempoh Selamat Simpan Telur Rebus Dalam Peti Sejuk
Sumber: Facebook Kuih Loyang RosaJimbo

