Euforia Bola 2026
Percutian

Jika Bagasi Hilang Atau Tak Sampai, Ini 7 Langkah Penting Kena Buat Di Airport.. Ramai Tak Tahu!

bagasi hilang

Ketika tiba di lapangan terbang, situasi bagasi hilang bukan isu kecil, malah boleh merosakkan keseluruhan perancangan percutian. Lebih-lebih lagi apabila semakin ramai pelancong melaporkan bagasi mereka tidak sampai seperti yang dikongsikan di Threads oleh @turis.sesat.

Menurut perkongsian tersebut, dalam tempoh seminggu sahaja, seramai 18 individu dilaporkan berdepan masalah bagasi tidak sampai selepas mendarat. Ini termasuk di destinasi popular seperti Jepun yang kini menerima kemasukan pelancong dalam jumlah besar.

Baca juga: 7 Tarikan ‘Wow’ Di Balai Cerap Negeri Sembilan Buat Ramai Suka Datang, Jom Bawa Anak Sekali Cuti Ini!

LANGKAH YANG BOLEH DIAMBIL JIKA BAGASI HILANG DI ‘AIRPORT’

bagasi hilang

Gambar: Threads @turis.sesat

Keadaan ini sememangnya mengundang panik, namun sebenarnya terdapat beberapa langkah penting yang boleh dilakukan bagi memudahkan proses mengesan dan mendapatkan semula bagasi yang hilang di lapangan terbang.

Apa perlu buat jika bagasi hilang di lapangan terbang?

  1. Jangan panik – Kekal bertenang dan elakkan membuat kesimpulan awal. Marah dan panik tidak akan mempercepatkan bagasi anda sampai.
  2. Jangan keluar dari kawasan tuntutan bagasi – Terus berada di kawasan tuntutan bagasi dan segera ke kaunter perkhidmatan bagasi, kaunter barang hilang atau kaunter syarikat penerbangan.
  3. Buat laporan kehilangan – Isi borang laporan kehilangan bagasi. Sediakan pas masuk penerbangan, tag bagasi dan pasport. Jangan lupa sertakan alamat hotel atau penginapan anda.
  4. Dapatkan nombor rujukan kes – Pastikan anda menerima nombor rujukan atau nombor kes serta salinan laporan. Simpan semua bukti ini untuk rujukan dan tuntutan seterusnya.
  5. Kembali ke hotel – Menunggu lama di lapangan terbang tidak membantu kerana bagasi mungkin masih berada di negara asal atau tersalah hantar ke destinasi lain.
  6. Jejak bagasi secara dalam talian – Anda boleh menjejak status bagasi menggunakan sistem seperti WorldTracer bagi mengetahui pergerakan dan lokasi terkini bagasi.
  7. Manfaatkan insurans perjalanan – Jika mempunyai insurans perjalanan, anda boleh membuat tuntutan mengikut terma dan syarat polisi yang ditetapkan.

Baca juga: Top 3 Negara Mak Ayah Suka Bawa Anak, No.1 Memang Tak Boleh Lawan!

bagasi hilang

Gambar hiasan: wavebreakmedia_micro

Tips tambahan untuk elak masalah bagasi hilang

  • Letakkan alat penjejak seperti AirTag di dalam bagasi untuk memudahkan pengesanan
  • Simpan pakaian ganti dan barangan penting dalam beg kabin
  • Kekal bertenang dan ikut prosedur yang disarankan pihak syarikat penerbangan

Sebagai peringatan, panik dan marah tidak akan membuatkan bagasi tiba dengan lebih cepat, sebaliknya tindakan teratur dan maklumat lengkap akan membantu mempercepatkan urusan.

Baca juga: Ramai Pengembara Keliru Insiden Kad Pokémon Dirampas, Ini Cara Mudah Faham Peraturan Cukai Kastam Malaysia

FT Image: Pressfoto / Freepik

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×