Kehilangan insan tersayang tidak pernah mudah, dalam mengharungi saat sukar ini Perbadanan Tabung Pelajaran Tinggi Nasioanal (PTPTN) memastikan keluarga pendeposit mereka tidak berasa keseorangan.
Baru-baru ini, melalui Program Ziarah Kasih Simpan SSPN, PTPTN menziarahi waris Allahyarhamah Rohaya binti Jaafar, seorang suri rumah yang kembali ke rahmatullah pada 15 Mei 2025 akibat kemalangan jalan raya.
Allahyarhamah, 42 tahun, membuka akaun Simpan SSPN Plus untuk tiga orang anaknya pada Disember 2024 dengan komitmen RM30 sebulan. Melalui caruman tersebut, beliau layak menerima manfaat perlindungan takaful sebanyak RM50,000 setiap akaun, serta khairat kematian RM2,800 setiap akaun, menjadikan jumlah keseluruhan manfaat yang diterima warisnya sebanyak RM158,400.
Ziarah Kasih Simpan SSPN
Sesi ziarah diadakan di kediaman waris di Gua Musang dan disempurnakan oleh YBrs. Encik Ahmad Dasuki Abdul Majid, Ketua Eksekutif PTPTN, bersama wakil-wakil sekolah dan Pengarah Negeri PTPTN Kelantan. Pengerusi PTPTN, YBhg. Dato’ Seri Norliza Abdul Rahim, turut berinteraksi melalui panggilan video semasa majlis berlangsung.
Program ini bukan sahaja bertujuan menyerahkan manfaat takaful, tetapi juga menunjukkan keprihatinan PTPTN terhadap keluarga pendeposit yang sedang diuji.
Simpan SSPN Plus bukan sekadar simpanan pendidikan, malah menyediakan perlindungan yang boleh meringankan beban keluarga ketika menghadapi musibah.
Selain manfaat takaful kematian, Simpan SSPN Plus menawarkan pelbagai pakej dari RM30 sebulan (Pakej Intan) hingga RM500 sebulan (Pakej Berlian). Antara manfaat tambahan yang disediakan termasuk:
- Perlindungan takaful sehingga RM1.2 juta
- Khairat kematian untuk pendeposit, pasangan dan anak-anak sehingga lima orang
- Perlindungan takaful bagi penyakit kritikal
- Elaun kemasukan hospital
- Perlindungan takaful sehingga umur pendeposit 69 tahun
Akses mudah melalui aplikasi myPTPTN
Bagi memudahkan urusan, pembukaan dan penambahan akaun Simpan SSPN boleh dilakukan melalui aplikasi myPTPTN, menawarkan cara cepat, selamat dan mudah untuk merancang masa depan anak-anak sambil menikmati perlindungan takaful.
Program ziarah ini menjadi contoh bagaimana PTPTN sentiasa menitikberatkan kebajikan pendeposit dan waris mereka, menjadikan Simpan SSPN Plus bukan sekadar simpanan, tetapi penjamin kesejahteraan keluarga dalam apa jua keadaan.
Untuk sebarang maklumat lanjut layari laman web rasmi PTPTN di SINI.
