Euforia Bola 2026
Inspirasi

Remaja Genius Malaysia Muhammad Khawarizmi Kuasai Dunia Teknikal, Simpan Hasrat Pergi Jerman

REMAJA GENIUS MALAYSIA

Remaja genius, Muhammad Khawarizmi Muhamad Kamalrul Zaman, 16, mencuri perhatian apabila kebolehannya dalam bidang pengekodan, pengaturcaraan dan kejuruteraan menyerlah sejak usia muda.

Bapanya, Muhamad Kamalrul Zaman, 41, berkata kecenderungan anak sulungnya terhadap dunia teknikal mula terserlah dengan jelas ketika berusia sekitar 10 tahun.

Baca juga: JPN Umum Dua Nama Terpanjang Di Malaysia, Bacanya Pun Buat Ramai Ternganga – Nak Sebut Pun Habis Nafas!

REMAJA GENIUS MALAYSIA, MUHAMMAD KHAWARIZMI TARIK PERHATIAN

REMAJA GENIUS MALAYSIA

Kredit: Harian Metro

Menurutnya, minat tersebut tidak sekadar terbatas kepada pembelajaran teori, sebaliknya dizahirkan melalui tindakan proaktif dan usaha kendiri yang konsisten.

“Salah satu pengalaman yang benar-benar menarik perhatian saya ialah ketika Muhammad Khawarizmi menyertai bengkel ‘Keterujaan STEM Melalui Model Rocketry dan 3D Printing’.

“Dalam bengkel itu, dia secara sukarela membantu peserta lain yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah memahami penggunaan perisian Autodesk Fusion 360, walaupun usianya jauh lebih muda,” jelasnya.

Muhamad Kamalrul Zaman turut berkongsi bahawa pada usia 12 tahun, anaknya mula mendalami bidang pengekodan secara lebih serius menggunakan Visual Studio dan pelbagai bahasa pengaturcaraan.

“Dia bereksperimen dengan mesin maya serta mencuba pelbagai versi sistem operasi Windows yang pernah dikeluarkan. Pada usia yang sama juga, dia mula mempelajari bahasa pengaturcaraan C dan C++,” ujarnya.

Atara pencapaian paling membanggakan ialah kejayaan Muhammad Khawarizmi membangunkan Projek Mesin Pemampat Bahan Api Pepejal yang berfungsi menghasilkan bahan api pepejal roket secara konsisten.

Projek tersebut merupakan usaha awal yang menggabungkan pembangunan perkakasan dan perisian, selain masih digunakan sehingga kini.

REMAJA GENIUS MALAYSIA

Ketika usia 9 tahun

Untuk rekod, Muhammad Khawarizmi kini terlibat dalam sebuah projek berskala besar berkaitan aspek keselamatan hasil kerjasama dengan sebuah syarikat swasta tempatan, dengan peranan utamanya sebagai pengaturcara.

Projek yang bermula pada tahun 2024 itu disifatkan sebagai antara tugasan paling mencabar pernah disertainya, namun maklumat lanjut tidak dapat dikongsikan atas faktor kerahsiaan.

Dalam masa sama, Muhamad Kamalrul Zaman memaklumkan anaknya menyimpan impian untuk mendalami bidang teknologi pertahanan serta berhasrat melanjutkan pengajian ke Jerman.

“Sekiranya Kementerian Pengajian Tinggi dapat menyediakan laluan atau peluang yang sesuai dengan keupayaan Muhammad Khawarizmi, saya sebagai bapa akan memberikan sokongan sepenuhnya,” katanya.

Baca juga: [TERKINI] Dividen ASB Tahun 2025 Kekal 5.75 Sen Seunit, Manfaat 11.4 Juta Pemegang Unit

Sumber: Harian Metro

Kredit imej: Mooda

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×