Sebuah kisah kecil mengenai report card baru-baru ini mencuri perhatian ramai apabila seorang lelaki Cina sanggup hadir ke sekolah bagi menandatangani laporan prestasi anak jirannya yang berbangsa India.
Bukan itu sahaja, dia turut menawarkan diri untuk membayar yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah.
Baca juga: [VIDEO] Kreatif! Satu Sekolah Main Kahwin-Kahwin, Simulasi Perkahwinan Dipuji Ramai
PAK CIK CINA HADIR AMBIL REPORT CARD ANAK JIRAN INDIA

Gambar oleh Nadeya Miza.
Perkongsian di Threads oleh @nadeyamiza menceritakan pengalaman itu. Di mana, lelaki berkenaan tidak teragak-agak membantu walaupun anak tersebut bukan anaknya dan berlainan bangsa.
Apabila guru menanyakan yuran PIBG, pak cik itu berkata, “Tak apa saya bayarkan”, sambil menegaskan bahawa kita semua perlu saling menolong.
Sikap prihatin ini mendapat pelbagai reaksi positif warga maya. Ada yang menyifatkan tindakan pak cik itu sebagai bukti perpaduan rakyat Malaysia dan nilai tolong-menolong yang masih utuh dalam masyarakat.

Perkongsian itu turut menghidupkan nostalgia bagi ramai yang mengingati zaman mereka bermain dan bergaul dengan jiran berlainan kaum.
Mengyan berkongsi kenangan keluarganya diperkenalkan dengan masakan Melayu, makan menggunakan tangan dan dijemput ke kenduri jiran, walaupun mereka kaum Cina jarang makan daging ketika itu. Pengalaman ini menonjolkan rasa hormat, kasih sayang dan perpaduan antara kaum sejak kecil.
Menurut Yus Yusof, tindakan lelaki itu juga menunjukkan betapa pak cik tersebut mementingkan pendidikan anak-anak jiran, “Dia sanggup menyokong sampai tahap begitu. Nampak yang dia memang mementingkan pendidikan.”
Rata-rata warga maya memuji dan berharap lebih ramai individu mencontohi sikap prihatin ini.
Kisah ini bukan sekadar tentang dokumen akademik, tetapi simbolik nilai kemanusiaan, kerjasama antara jiran dan semangat cinta damai yang dapat dijadikan inspirasi kepada semua.
Sumber: Threads @nadeyamiza
FT Image: Threads @nadeyamiza
