Pernah tak rasa macam ini? Malam dah gosok gigi betul-betul, siap kumur, yakin mulut segar. Tapi esok bangun, bila bercakap dengan orang pun sendiri rasa tak selesa sebab mulut busuk.
Kejadian ini bukan kerana anda “tak jaga diri”.
Baca juga: Terbongkar! 5 Keajaiban Tubuh Wanita Yang Diam-Diam Berfungsi Macam ‘Super Machine’
PUNCA MULUT BUSUK WALAU DAH GOSOK GIGI
Menurut Facebook Public Health Malaysia (PHM), bau mulut boleh muncul walaupun anda rajin memberus gigi kerana punca sebenar kadang-kadang tersembunyi.
Baca juga: Doktor Dedah Bentuk Kuku Ini Tanda Awal Paru-Paru & Jantung Ada Masalah Serius, Jangan Ambil Mudah!
Berikut 5 punca mulut busuk yang perlu anda tahu:
- Lidah: Ramai fokus pada gigi, tapi lidah sering jadi tempat bakteria berkumpul. Lapisan putih di permukaan lidah boleh menjadi punca utama bau.
- Mulut kering waktu tidur: Jika anda bernafas menggunakan mulut kerana hidung tersumbat, air liur berkurangan dan bakteria lebih aktif semalaman.
- Celah gigi dan garis gusi: Berus gigi sahaja tidak cukup jika celah gigi atau garis gusi tidak dibersihkan. Sisa makanan yang tersangkut boleh terurai dan menghasilkan bau yang kuat pada pagi hari.
- Batu karang gigi atau masalah gusi: Kadang gigi nampak bersih, tetapi poket gusi menyimpan bakteria. Bau dari kawasan ini biasanya degil dan tidak mudah hilang.
- Punca bukan dari gigi: Masalah lain seperti refluks (GERD) atau “tonsil stone” di tekak juga boleh menyebabkan bau mulut berlarutan walaupun rutin memberus gigi dijaga rapi.
PHM menekankan bahawa mulut busuk yang berterusan adalah petanda tubuh memberi amaran. Ia bukan untuk memalukan, tetapi sebagai isyarat supaya anda menjaga diri dengan lebih tepat dan sistematik.

Baca juga: Adiwira Tak Dikenali Tapi Besar Jasanya, Ini 11 Keistimewaan Rawatan KKM Beri Kepada Penderma Darah!
Sumber: Facebook Public Health Malaysia
FT Image: Stockking / Drazen Zigic

