Euforia Bola 2026
Nur

Haid Datang Tiba-Tiba Semasa Umrah, Wanita Ini Kongsi Ikhtiar Guna Kayu Sugi & Air Zamzam Yang 99% Menjadi!

cara hentikan darah haid

Cara hentikan darah haid bukan sekadar ubat tahan period, sebaliknya ramai wanita mencari ikhtiar tambahan apabila berdepan risiko haid datang secara tiba-tiba ketika menunaikan umrah atau haji.

Hal ini kerana bagi keturunan Hawa,tempoh beribadah di Tanah Suci cukup terhad. Jika datang haid sebelum sempat melengkapkan tawaf atau umrah wajib, ia memberi implikasi besar kepada keseluruhan perjalanan.

Baca juga: Ramai Orang Anggap Meninggal Hari Jumaat Bawa Kebaikan, Tapi Betul Ke? Ini Hukum Sebenar Menurut Mufti

CARA HENTIKAN DARAH HAID SEMASA UMRAH ATAU HAJI

cara hentikan darah haid

Gambar: Threads @wawaohhhh

Ramai juga bergantung kepada ubat tahan haid, namun keberkesanan setiap individu tidak sama. Itulah realiti yang dikongsikan seorang pengguna Threads, @wawaohhhh, berdasarkan pengalamannya menguruskan haid ketika mengerjakan umrah pada 19–27 November lalu.

Menurutnya, kitaran haidnya sangat teratur setiap bulan. Berdasarkan tarikhnya, dia sepatutnya didatangi haid sekitar 24–25 November, iaitu ketika masih berada di Mekah.

Seperti kebanyakan jemaah wanita, dia tetap mengambil ubat tahan haid sejak hari pertama berlepas ke Madinah. Namun hatinya berdebar kerana pengalaman umrah tahun 2011 menunjukkan ubat tersebut tidak sepenuhnya berkesan. Haid tetap turun walaupun sudah makan ubat.

Ketika itu, dia sempat menyempurnakan umrah wajib, tetapi tidak dapat melakukan tawaf wada kerana darah haid tidak habis kering.

Dua hari sebelum bergerak dari Madinah ke Mekah, dia mula mengalami sakit senggugut yang kuat, tanda kebiasaan sebelum darah haid keluar. Pada waktu itu, rasa takut dan sedih muncul kerana khuatir ibadah akan terhalang.

Dalam keadaan khuatir, dia teringat satu ikhtiar yang pernah dikongsikan orang lain iaitu petua kayu sugi dengan air Zamzam.

Tanpa berlengah, dia mendapatkan kayu sugi dan membawa air Zamzam ke bilik hotel untuk menyediakan campuran tersebut. Ia bukan sekadar merendam kayu sugi, sebaliknya disertakan zikir, selawat dan niat khusus memohon Allah memelihara urusan ibadah.

Baca juga:  Hukum Kakak Menyusukan Adik Kandung, Ini Jawapan Lengkap Untuk Elak Orang Ramai Keliru

cara hentikan darah haid

Gambar hiasan: SoulofSaudi

CARA PENYEDIAAN PETUA KAYU SUGI DENGAN AIR ZAMZAM

Bahan diperlukan:

  • 1–2 batang kayu sugi (dipatahkan jika terlalu panjang)
  • Air Zamzam dalam botol mineral kecil

Langkah penyediaan:

1. Masukkan kayu sugi ke dalam botol berisi air Zamzam.

2. Rendam selama 15–30 minit sehingga air menyerap kandungan kayu sugi.

3. Bacakan zikir berikut pada air:

  • Ya Wadud – 50 kali
  • Ya Sattar – 50 kali
  • Selawat – 7 kali
  • Al-Fatihah – 3 kali

4. Niat kepada Allah agar dipermudahkan ibadah umrah dan ditangguhkan haid sehingga selesai urusan.

5. Minum sehingga habis sebotol air kayu sugi + Zamzam tersebut.

Hasil yang diceritakan:

  1. Rasa senggugut hilang dalam 10–15 minit.
  2. Haid tidak turun sehingga selesai tawaf wada.
  3. Period hanya datang 3 hari selepas pulang ke Malaysia.

Pengalaman ini membantu, tetapi setiap tubuh berbeza

Perkongsian ini bukanlah nasihat perubatan. Ia adalah pengalaman peribadi yang dilalui ketika berusaha menguruskan keuzuran syarie semasa ibadah umrah. Setiap wanita mempunyai hormon, kitaran haid serta kondisi fisiologi yang berbeza.

Dari sisi syariah, Islam menyediakan pilihan seperti:

  • Mengambil ubat tahan haid dengan panduan doktor
  • Membuat perancangan tarikh perjalanan
  • Memahami hukum bagi wanita haid ketika menunaikan umrah

Bagi wanita yang memilih ikhtiar alternatif seperti ini, penting untuk memastikan ia tidak bercanggah dengan kesihatan tubuh.

Kesimpulannya, cara hentikan darah haid ketika umrah bukan hanya tentang ubat hospital. Ada yang memilih ikhtiar peribadi, ada yang berserah sepenuhnya pada qadar Allah. Apa pun caranya, fokus utama adalah memuliakan ibadah, menjaga kesihatan dan mematuhi batas agama.

Jika ujian haid itu datang, ia tetap tidak menutup pintu pahala. Rezeki ibadah masing-masing ditentukan oleh Allah.

Baca juga: Hormat Keluarga Tanpa Campur Aduk Akidah, Adam Corrie Disoal Tak Ikut Ritual Pengebumian Ibunya

Sumber: Threads @wawaohhhh

FT Image: Threads @wawaohhhh

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×