Adakah dibolehkan kakak kandung menyusukan adik kandung sehingga melebihi tiga kali kenyang? Bagaimana pula status suami kakak atau anak-anak mereka dalam konteks hukum mahram kerana susuan?
Persoalan ini sering timbul dalam kalangan ibu bapa dan keluarga yang ingin memahami syariat susuan. Berikut jawapannya dari Dato’ Seri Dr. Haji Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri.
Baca juga: Hormat Keluarga Tanpa Campur Aduk Akidah, Adam Corrie Disoal Tak Ikut Ritual Pengebumian Ibunya
HUKUM KAKAK KANDUNG MENYUSUKAN ADIKNYA SENDIRI
Menurut firman Allah SWT dalam Surah al-Nisa’ (23):
“Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan ibu-ibu kamu, anak-anak perempuan kamu, adik-beradik perempuan kamu, emak-emak saudara kamu di sebelah bapa, emak-emak saudara kamu di sebelah ibu, anak-anak perempuan daripada adik-beradik lelaki dan anak-anak perempuan daripada adik-beradik perempuan dan ibu-ibu kamu yang telah menyusui kamu dan adik-beradik susuan kamu.”
Hubungan antara ibu susuan dengan anak susuannya adalah mahram kerana susuan (rada‘ah) sebagaimana termaktub di dalam ayat tersebut. Imam Ibn Qasim al-Ghazzi menyatakan bahawa bayi menjadi mahram melalui susuan jika memenuhi dua syarat:
- Bayi berusia bawah 2 tahun qamariyah.
- Susuan mencukupi lima kali susuan berbeza.
(Rujukan: Fath al-Qarib al-Mujib fi Syarh Alfaz al-Taqrib, hal. 259)
Hukum kakak menyusukan adik kandung
- Dibolehkan bagi kakak kandung untuk menyusukan adik sama ada sebanyak tiga kali kenyang atau lebih, berdasarkan tempoh susuan yang ditetapkan.
- Hubungan antara adik dan kakak tetap sebagai adik-beradik kandung kerana ikatan mahram nasab lebih kuat daripada susuan.
- Hukum mahram kerana susuan tetap berkuat kuasa terhadap suami kakak dan anak-anaknya, termasuk haram berkahwin dan batas aurat sesama mahram.
Rasulullah SAW bersabda:
“Susuan boleh mengharamkan (seseorang untuk dikahwini) sepertimana hubungan nasab mengharamkannya.” (Riwayat al-Nasa’i 5411)
Baca juga: Penat Pejam Tapi Mata Masih Segar, Dodoikan Diri Dengan Zikir Ya Hayyu Ya Qayyum Terus Cepat Lelap

Gambar hiasan: Freepik
Hukum suami kakak (abang ipar)
- Abang ipar yang asalnya bukan mahram dan haram dinikahi sementara, bakal menjadi haram dinikahi selama-lamanya jika adik yang disusukan itu adalah perempuan, kerana ipar tersebut mengambil hukum bapa susuan.
- Syarat utama adalah bayi berusia kurang dua tahun, belum makan makanan lain dan menerima lima kali susuan yang mengenyangkan.
- Suami kakak dan anak-anak mereka akan termasuk hukum mahram susuan (haram dikahwini selama-lamanya, tidak membatalkan wudu’ jika disentuh, aurat wajib dijaga).
Kesimpulan
Kakak kandung boleh menyusukan adik kandung tanpa sebarang larangan syarak.
- Ikatan nasab tetap dominan; adik kekal mahram kepada kakak.
- Susuan hanya memberi kesan kepada suami kakak dan anak-anaknya dalam konteks hukum mahram.
Semoga Allah SWT mengurniakan ilmu bermanfaat, kefahaman agama yang benar, dan kekuatan untuk mengamalkannya. Sebagaimana doa:
“Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat. Hindarkan kami daripada azab api neraka.”
Baca juga: Ini 8 Hotel Di Mekah Yang Betul-Betul Dekat Dengan Masjidil Haram, Memang Terbaik & Berbaloi!
Sumber: Portal Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri
FT Image: Freepik

