Euforia Bola 2026
Dapur

Wanita Kongsi Resipi Sup Ayam Tanpa 4 Sekawan & Bunjut, Suaminya Siap Puji Sedap & Suruh Masak Selalu!

sup ayam sedap

Perkongsian resipi sup ayam sedap oleh Izatie Khaidir di Facebook telah menarik perhatian ramai sehingga hampir seribu perkongsian dalam tempoh 17 jam.

Keistimewaannya terletak pada cara penyediaan yang sangat ringkas tanpa penggunaan empat sekawan atau sup bunjut, tetapi kuah tetap ringan, menyegarkan dan cukup rasa.

Baca juga: Patutlah Tomyam Seafood Negara Gajah Putih Lebih Sedap, Kena Tumis Dulu Baru Kuah Pun ‘Kick’!

RESIPI SUP AYAM TANPA 4 SEKAWAN & BUNJUT

sup ayam sedap

Gambar: Izatie Khaidir

Menurut Izatie, suaminya sendiri terus jatuh hati dengan rasa sup ini. Malah, dia meminta agar sup ayam versi ini dijadikan resipi tetap di rumah kerana rasanya yang paling sedap berbanding cara masakan sebelum ini.

Tidak hairanlah resipi sup ini menjadi pilihan ramai yang mencari hidangan panas dan mudah untuk seisi keluarga.

Izatie berkongsi langkah-langkah memasak serta gabungan bahan yang mewujudkan rasa masin, masam dan pedas secara seimbang. Aroma ketumbar pula memberi sentuhan akhir yang menaikkan lagi rasa kcuahnya.

Baca juga: Resipi Kerabu Jantung Pisang Viral, Rasa Kampung Paling Padu & Sedap Sampai Anak Pun Puji!

Bahan-bahan:

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia
  • Tomato
  • Ayam
  • Akar ketumbar
  • Air
  • Kentang
  • Lobak merah
  • Kiub pati ayam
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Tomato hiris
  • Limau nipis
  • Cili padi
  • Daun ketumbar
sup ayam sedap

Gambar hiasan: Freepik

Cara penyediaan:

  1. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia.
  2. Bila naik bau, masukkan tomato dan tumis sehingga tomato lembut.
  3. Masukkan ayam dan gaul sebati dengan bahan tumisan.
  4. Masukkan akar ketumbar.
  5. Tambahkan air.
  6. Masukkan kentang, lobak merah dan kiub pati ayam.
  7. Bila mendidih, masukkan garam dan serbuk perasa.
  8. Masukkan hirisan tomato, perahan limau nipis dan cili padi.
  9. Sebelum tutup api, masukkan daun ketumbar.

Hasilnya, sup ayam yang lengkap dengan keseimbangan rasa masin, masam dan pedas, serta aroma ketumbar yang menaikkan selera. Menurut Izatie, rasa sup ini memang padu dan sangat menyegarkan, sesuai dihidangkan pada bila-bila masa.

Bagi yang mencari resipi sup ayam mudah dan tak memerlukan banyak bahan, anda memang wajib cuba. Katanya lagi, “Nanti anda cuba tau.”

Baca juga: Resipi Ayam Goreng Bawang Putih Style Thai, Sekali Buat Terus Jatuh Cinta!

Sumber: Facebook Izatie Khaidir

FT Image: Facebook Izatie Khaidir

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×