Dalam rutin harian, kita selalu anggap keadaan di tandas itu remeh terutamanya bab kebersihan selepas buang air kecil. Namun, dalam Islam, hal yang nampak kecil inilah yang boleh mendatangkan dosa besar dan dapat seksa kubur.
Bila sudah dinyatakan sebegini, barulah ramai dalam kalangan kita tersentak dan terfikir semula tentang kebersihan tandas sendiri bukan?
Baca juga: Solat Dalam Gelap, Sah Atau Tidak? Hukum Sebenar Solat Tanpa Lampu Yang Ramai Terlepas Pandang
PUNCA SEKSA KUBUR DATANG DARI KESILAPAN KECIL DIBUAT DALAM TANDAS, TAK SANGKA!

Foto: freepik
Ramai tak sedar bahawa titisan air kencing yang terkena pakaian atau tubuh boleh menjejaskan kesucian diri, sekaligus memberi kesan kepada sah atau tidaknya solat kita. Lebih menakutkan, Rasulullah SAW sendiri mengingatkan bahawa sebahagian besar seksaan kubur berpunca daripada tidak menjaga diri daripada najis, khususnya air kencing.
Dalam hadis riwayat Sunan Abi Dawud, Rasulullah ﷺ melewati dua kubur lalu bersabda:
كَانَا يُعَذَّبَانِ وَلَيْسَا عَلَى كَبِيرَةٍ
“Kedua-duanya diseksa, tetapi bukan kerana dosa besar. Salah seorangnya tidak menjaga dirinya daripada air kencing, manakala seorang lagi suka menyebarkan cerita..”
Hadis ini menunjukkan bahawa kelalaian kecil yang kita anggap biasa-biasa sahaja sebenarnya boleh mendatangkan akibat besar di akhirat.
Dalam riwayat Sunan Ibn Majah pula, Rasulullah ﷺ bersabda:
أَكْثَرُ عَذَابِ القَبْرِ بِالبَوْلِ
“Sebahagian besar seksa kubur adalah kerana air kencing”
Dengan ini, JELAS bahawa hal najis bukan perkara ringan dalam Islam.
Kenapa Titisan Air Kencing Itu Sangat Penting Untuk Dicuci?

Foto: freepik
Para ulama menjelaskan, seksa kubur bukan hanya untuk dosa besar. Kelalaian terhadap syariat walaupun kecil tetap dikira dosa jika dilakukan berulang kali dan tanpa usaha membetulkan diri.
Imam al-Nawawi turut menegaskan bahawa kebersihan adalah sebahagian daripada iman. Jika seseorang cuai bersuci, ibadahnya boleh terjejas kerana solat dalam keadaan najis adalah tidak sah. Maknanya, satu kelalaian kecil boleh:
- Menjejaskan kesucian diri
- Membatalkan solat
- Menjadi punca azab kubur
Sebab itu ulama menasihatkan:
- Semak pakaian sebelum solat
- Basuh kawasan yang meragukan
- Ambil masa untuk bersuci dengan sempurna
- Jangan terburu-buru ketika di tandas
Islam tidak menyusahkan, tetapi Islam menuntut disiplin dan kesedaran. Semoga Allah menjaga kita daripada kelalaian dan memudahkan kita menjaga kebersihan diri dalam setiap urusan harian. Cuci bersih bersih ya!
Sumber: ilmusunnah.com
