Euforia Bola 2026
Deko & Hias

23 Tahun Tinggal Di Rumah PPR Sama, Syamimia Cat Semula Koridor Lama Jadi Lebih Berseri Bersama Suami

rumah ppr

“Alam dewasa memang berat, tetapi kadang-kadang hidup mengajar kita untuk melangkah perlahan supaya beban terasa lebih ringan..” Itulah yang dirasai oleh seorang pempengaruh media sosial, Syamimia, apabila dia berkongsi perjalanan menyentuh hati mengecat semula koridor rumah PPR tempat dia membesar sejak usia tujuh tahun.

Menariknya, perkongsian video tersebut telah mendapat tontonan melebih 1.5 juta dan dihujani dengan komen-komen positif dari warganet.

Baca juga: 100 Barang Punca Aura Negatif & Jadi ‘Port’ Makhluk Lain Dalam Rumah, Kita Patut Ucapkan ‘Bye Bye!’

Syamimia Kongsi Video Inspirasi, Cat Semula Koridor Rumah PPR Yang Dah Tinggal Selama 23 Tahun

rumah ppr

Foto: Tiktok @nursyamimiaa

Bagi Syamimia, koridor sempit itu bukan sekadar laluan keluar masuk rumah. Di situlah segala memorinya disimpan seperti suara riang kanak-kanak, tawa bersama kawan lama, dan tangisan kecil yang hanya orang tertentu sahaja faham maknanya.

Walaupun masa sudah berlalu, cuaca berubah, cat pun mula pudar dan dinding sedikit merekah, namun satu perkara tetap sama adalah ruang itu bertahan, walaupun lebih lama daripada sepatutnya.

Tanpa menunggu siapa pun, Syamimia dan suami mengambil keputusan untuk perbaiki apa yang mampu. Hanya mereka berdua, ditemani si kecil yang memerhati setiap gerakan, mereka belajar apa maknanya menjaga, memulih, dan menghargai.

Bermula dengan menggosok lapisan cat lama, Syamimia berkata proses ini seakan membersihkan debu masa kecilnya.

“Luka ni masih ada ya? Perlu dirawat. Bukan untuk tutup malu… tapi supaya bertahan sebelum dimamah waktu,” tulisnya.

Dari jam 4 petang hingga matahari terbit, mereka bekerja tanpa tidur. Dalam proses itu, Syamimia bertemu ‘teman lama’ iaitu seekor cicak yang setia menghuni sudut gelap koridor.

“Tak boleh diusir. Alihkan saja ia ke tepi supaya laluan kembali mudah untuk semua,” katanya, mencuit hati ramai netizen.

Setelah siap dicat, koridor itu kini kelihatan lebih cerah, lembut dan ringan seperti kawasan perumahan baharu. Ada orang mewarisi tanah, ada orang mewarisi banglo besar, tetapi bagi Syamimia, laluan inilah ‘harta’ kecil yang dia bawa sepanjang hidup yang penuh kenangan, penuh kasih.

“Tiada lagi yang terluka. Kerana kasih… dinding lama seperti ini pun mampu bernyawa..”

Netizen Tertanya: “Macam mana dapat hak pemilikan penuh perumahan rakyat?”

rumah ppr

Foto: Tiktok @nursyamimiaa

Ramai di ruangan komen bukan sahaja memuji malah ingin tahu bagaimana Syamimia boleh mendapat hak pemilikan penuh unit PPR tersebut. Dia menjelaskan bahawa pemilikan rumah PPR bukan kerana sudah tinggal lama di situ, yang penting, penghuni mesti menerima tawaran membeli daripada pihak pengurusan dahulu.

Jika bangunan hanya menawarkan konsep sewaan penuh, maka penghuni tidak boleh membeli unit tersebut. Pilihan lain adalah memohon PPR lain yang berstatus sewa beli. Syamimia turut menambah bahawa, dulu ibunya perlu isi borang secara offline dan walk-in ke pejabat DBKL. Sekarang semuanya melalui sistem online di portal eperumahan.

Kisah Syamimia bukan sekadar tentang mengecat rumah tetapi ini adalah cerita tentang akar, penghargaan, dan bagaimana ruang kecil boleh menjadi saksi perjalanan hidup seseorang.

Kadang-kadang, membaiki tempat yang dewasa bersama kita juga bermaksud membaiki sebahagian kecil dalam diri. Rasa tenang jiwa…

@nursyamimiaaSlow living ♡

♬ original sound – Syamimia

Baca penuh: Awas! Ini 9 Jenis Perabot Dikatakan Jadi ‘Sarang Setan’ & Tenaga Negatif Dalam Rumah

Sumber: Tiktok @nursyamimiaa

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×