Kuku bukan sahaja melengkapi penampilan, malah memberi petunjuk penting tentang kesihatan seseorang. Perubahan pada jenis kuku seperti bentuk, warna atau ketebalan, boleh menunjukkan masalah kesihatan tertentu atau tabiat hidup yang perlu diperhatikan.
Dengan memahami perbezaan setiap jenis kuku, ibu bapa dan individu boleh lebih proaktif dalam memantau tanda-tanda awal penyakit sebelum ia menjadi lebih serius.
Baca juga: Adiwira Tak Dikenali Tapi Besar Jasanya, Ini 11 Keistimewaan Rawatan KKM Beri Kepada Penderma Darah!
JENIS KUKU CEMBUNG TANDA MASALAH KESIHATAN

Gambar: Ahmad Najmee
Ilmu ini dikongsikan oleh seorang doktor yang dikenali dengan nama Ahmad Najmee di Facebook dengan menunjukkan bentuk kuku membulat atau cembung yang dikenali sebagai Nail Clubbing.
Di mana, bentuk kuku ini antara tanda klasik pesakit yang mengalami isu paru-paru atau jantung kronik.
Menurut perkongsian tersebut, pesakit yang hadir mendapatkan rawatan mengalami batuk berbulan-bulan dan sering lelah. Baru-baru ini, dia dimasukkan ke wad akibat jangkitan paru-paru teruk.
Pada awalnya, pesakit tidak mengaku merokok, tetapi bentuk kuku cembung yang jelas menunjukkan kerosakan akibat tabiat merokok bertahun-tahun. Setelah didesak, pesakit akhirnya mengaku baru berhenti merokok sebulan lalu.
Ini menunjukkan bahawa perubahan fizikal seperti kuku tidak mampu menipu. Tabiat merokok selama puluhan tahun telah merosakkan paru-paru secara perlahan-lahan dan menyebabkan chronic bronchitis.
Ubat batuk biasa tidak mampu rawat Chronic Bronchitis
Untuk batuk akibat chronic bronchitis atau COAD, ubat batuk biasa tidak akan memberi kesan. Pesakit memerlukan inhaler bagi membuka saluran pernafasan dan bernafas seperti biasa.
Lebih penting, mereka wajib berhenti merokok sepenuhnya untuk menghentikan kerosakan paru-paru daripada terus berlaku.
Baca juga: “Asyik Jalan Terkepit Je Bang…” Ini Sebab Lelaki Susah Nak Tahan Kencing, Memang Terkejut!

Gambar hiasan: lifestylememory
Perkongsian ini turut membuka ruang luahan pengguna media sosial yang pernah mengalami situasi sama.
“Arwah anak saya lung chronic disease macam inilah kuku dia,” Eyza.
“Arwah abah kuku dia macam ini dulu paru-paru rosak sebelah..merokok berpuluh tahun,” Bahiyah.
“Macam kuku arwah mak saya, dia ada masalah jantung, injab jantung bocor,” Siti.
Perubahan pada kuku mungkin nampak kecil, tetapi ia boleh menjadi amaran besar terhadap kesihatan seseorang.
Jika suami, ayah atau ahli keluarga anda seorang perokok tegar, cuba periksa kuku mereka. Jika bentuknya cembung dan membulat, ia mungkin petanda awal masalah paru-paru atau jantung kronik.
Jangan ambil mudah.
Baca juga: Petua Telan Nasi Bila Tercekik Tulang Ikan Sebenarnya Mitos! Saranan Doktor Ini Lebih Selamat
Sumber: Ahmad Najmee
FT Image: Ahmad Najmee
