Perkongsian seorang pengguna media sosial membuka mata ramai tentang sejenis tumbuhan liar yang kelihatan biasa seakan ulam raja. Namun, ia sebenarnya menyimpan risiko besar terhadap kesihatan manusia, keselamatan ternakan dan kelestarian alam sekitar, khususnya melibatkan spesies Parthenium hysterophorus yang dikategorikan sebagai rumpai berbahaya.
Melalui perkongsian Amirul Faisal, jika tumbuhan ini dijumpai anda harus menghubungi Pejabat Pertanian dengan segera. Di mana, ini antara rumpai paling toksik di dunia dan memang diletakkan bawah kategori Akar Rumpai Berbahaya oleh Jabatan Pertanian Malaysia.
Baca juga: Atok Dedah Cara Bezakan Benih Jantan & Betina, Rupanya Inilah Rahsia Pokok Betik Berbuah Lebat!
RUMPAI BERBAHAYA

Gambar: Amirul Faisal
Sebab tumbuhan ini berbahaya
Pokok Parthenium menghasilkan bahan kimia berbahaya seperti Parthenin (toksin utama) dan Sesquiterpene lactones (alergen kuat) yang boleh:
- Menyebabkan alahan teruk pada manusia
- Mengganggu sistem pernafasan
- Menyebabkan radang kulit
- Berbahaya pada ternakan
- Merosakkan tanaman lain melalui kesan allelopathic
Jika tersentuh, terhidu, atau terkena serbuk bunga pokok ini, kesan umum termasuk:
- Dermatitis: Ruam, gatal, merah, bengkak; kulit boleh kering, retak, sensitif semakin teruk setiap kali terdedah
- Hay Fever / Allergic Rhinitis: Bersin kuat, hidung berair, mata gatal & berair, tekak gatal
- Asma / Sesak Nafas: Spora dan debunga boleh mencetuskan wheezing, tight chest, shortness of breath
- Rash dalam 24–48 jam: Parthenium rash muncul sehari selepas terkena walaupun tak perasan
- Kesan kronik: Pengulangan pendedahan boleh sebabkan ekzema kronik, hyperpigmentation, sensitiviti kulit kekal, masalah paru-paru jangka panjang
Kesan pada haiwan atau ternakan
Bagi binatang ternakan, jika termakan, ia boleh mengakibatkan:
- Keradangan usus
- Penurunan berat badan
- Kulit bengkak
- Keguguran (lembu/kambing)
Ancaman pada alam sekitar
- Pokok Parthenium sangat agresif, cepat merebak, menghasilkan racun pada tanaman lain, menghalang pertumbuhan rumput biasa dan tanaman kampung.
- Dalam masa 3–6 bulan, ia boleh mendominasi kawasan tanah, menjadikannya rumpai invasif yang perlu dikawal.
Baca juga: 9 Langkah Tanam Bawang Putih Dalam Pasu, Hasilnya Dapat Bawang Cantik & Segar Gebu!

Gambar: Amirul Faisal
Tindakan jika terkena
Jika terdedah pada rumpai ini:
- Basuh kawasan terdedah dengan sabun dan air banyak
- Jangan garu
- Gunakan calamine / aloe vera untuk melegakan kulit
- Jika merah teruk, ambil antihistamine (loratadine/cetirizine)
- Jika sesak nafas, dapatkan rawatan klinik segera
Cara kenal pasti
Kenal pasti Parthenium melalui ciri-ciri:
- Daun menyerupai salad/ketumbar tetapi lebih kasar
- Batang hijau pucat
- Bunga putih kecil
- Tumbuh rapat setinggi pinggang
- Ada bau herba kuat bila diramas
Cara hapus selamat
Langkah kawalan selamat tanpa racun berbahaya:
- Cabut menggunakan sarung tangan
- Bakar (cara paling selamat)
- Tutup tanah dengan plastik hitam (solarization)
- Tebas sebelum berbunga untuk kurangkan benih
Nota tambahan:
Benih Parthenium boleh hidup dalam tanah sehingga 6 tahun. Oleh itu, amaran Jabatan Pertanian Malaysia wajib diikuti dengan serius untuk mengelak kesan buruk kepada manusia, haiwan dan alam sekitar.
Baca juga: Pokok Cili Kurang Berbuah? Cuba Teknik ‘Pulih Segar’ Ini, Jangan Terkejut Hasilnya Merimbun!
Sumber: Amirul Faisal
FT Image: Amirul Faisal
