Mahkamah Sesyen Pasir Emas pada Selasa menjadi perhatian apabila seorang penuntut Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Jeli dihadapkan atas dua pertuduhan dengan sengaja melakukan seks oral dan amang seksual fizikal.
Di mana, perbuatan itu didakwa dilakukan terhadap seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
PENUNTUT IPT MENGAKU TAK BERSALAH BUAT SEKS ORAL

Gambar Adila Sharinni Wahid: Muhammad Yushakimi (tengah) dibawa ke Mahkamah Sesyen Pasir Mas untuk menghadapi pertuduhan pada Selasa.
Tertuduh, Muhammad Yushakimi Jamaludin, 21, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Zulkpli Abdullah.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan bertentangan dengan aturan tabii terhadap remaja perempuan berusia 17 tahun 10 bulan di dalam sebuah kenderaan Perodua Myvi di tempat letak kereta Lata Janggut, Jeli, pada jam 2.30 petang, 29 November lalu.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 377A Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 377B kanun yang sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum sehingga 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan kedua, tertuduh turut didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa yang sama pada masa, tarikh dan lokasi yang sama, mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. Dan boleh dihukum dibawah seksyen 14 Akta yang sama.
Jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 14 Akta 792, pesalah boleh dihukum penjara maksimum sehingga 20 tahun dan juga boleh dikenakan sebatan.
Dalam prosiding berkenaan, Timbalan Pendakwa Raya, Siti Aiysha Na’ilah Harizan, menawarkan jaminan sebanyak RM20,000.
Namun, peguam tertuduh, Habibah Wahab, merayu agar jumlah tersebut dikurangkan dengan alasan tertuduh masih menuntut di semester kelima dan hanya berbaki dua semester sebelum tamat pengajian.
Turut dimaklumkan, ibu bapa tertuduh hadir dari Ipoh, Perak bagi membantu proses jaminan.
Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin. Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 11 Januari tahun hadapan.
Sebelum ini, media melaporkan pasangan terbabit ditahan pihak polis selepas cuba melarikan diri daripada pemeriksaan di Kampung Rabbana, Jeli, sebelum mereka berjaya diberkas.
Sumber: Sinar Harian
FT Image: Kamarul Bismi Kamaruzaman (Kosmo!)
