Euforia Bola 2026
Dapur

Patutlah Tomyam Seafood Negara Gajah Putih Lebih Sedap, Kena Tumis Dulu Baru Kuah Pun ‘Kick’!

tomyam seafood

Tomyam seafood ala Thai ini jadi bualan ramai selepas seorang wanita, Nor Farah Atika, berkongsi cara unik memasaknya yang diinspirasikan daripada sebuah video TikTok dari Thailand.

Pada awalnya sekadar mencuba, namun hasilnya membuatkan dia sendiri terkejut kerana rasanya jauh lebih sedap berbanding versi biasa.

Baca juga: Resipi Kerabu Jantung Pisang Viral, Rasa Kampung Paling Padu & Sedap Sampai Anak Pun Puji!

RESIPI TOMYAM SEAFOOD ALA THAI PADU GUNA TEKNIK MENUMIS

tomyam seafood

Gambar: Nor Farah Atika

Menurut Farah, teknik menumis bahan kisar terlebih dahulu menjadikan aroma kuah lebih wangi dan rasanya lebih ‘kick’.

Sejak mencuba cara ini, dia mengakui sudah tidak lagi menggunakan cara lama kerana hasilnya jauh lebih memuaskan. Paling penting, rasa kuah perlu seimbang pedas, masam dan lemak.

Bahan tumisan (untuk 2–3 orang makan):

  • 1 biji bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 batang serai
  • Halia sebesar ibu jari
  • 2 batang cili api
  • 2 akar daun ketumbar

Baca juga: Resipi Ayam Goreng Bawang Putih Style Thai, Sekali Buat Terus Jatuh Cinta!

tomyam seafood

Gambar: Nor Farah Atika

Cara penyediaan:

  1. Tumis semua bahan tumisan di dalam minyak yang panas sehingga wangi.
  2. Masukkan 1 sudu besar pes tomyam dan cili paste Thai, gaul sebati.
  3. Tuangkan 250ml air atau satu gelas penuh ke dalam kuali.
  4. Masukkan tomato atau sayur-sayuran pilihan serta daun limau purut yang telah dibuang urat tengah.
  5. Masukkan sos ikan dan jus limau Thai. Jika tiada, boleh gantikan dengan limau nipis.
  6. Apabila kuah mula mendidih, masukkan bahan seafood dan kacau selama lebih kurang 1 minit.
  7. Masukkan cendawan dan kacau seminit lagi.
  8. Perasakan dengan garam dan sedikit gula mengikut selera.
  9. Taburkan daun ketumbar. Lebih banyak, lebih wangi dan sedap.
  10. Akhir sekali, masukkan santan dan kacau selama 10 saat sahaja sebelum tutup api.

Hasilnya adalah tomyam berkuah pekat dengan aroma yang membangkitkan selera. Farah turut menyarankan supaya menggunakan kaedah tumisan ini kerana baunya sahaja sudah cukup membuatkan perut rasa lapar.

Baca juga: Tak Guna Gandum Tapi Tepung Ini Buat Jemput-Jemput Ikan Bilis Lebih Gebu & Rangup, Tengah Hujan Memang Layan

Sumber: Nor Farah Atika

FT Image: Nor Farah Atika

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×